Sunday, 30 May 2021

fb

 

KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH
1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW
1. Syed / Sayyid
2. Syarifah / Siti
KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA
1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis
Sebagai Contoh :-
Perak :
Seorang Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan maka anak yang bakal lahir akan mengunakan gelaran Meor ataupun Mior. Adapun perbezaan ejaan di antara Meor dan Mior berlainan namun hakikat sebenar maksudnya sama yakni Meor.
Seorang Puteri Raja Perak yang berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Puteri bagi perempuan dan Putera bagi lelaki ataupun Megat yakni bagi lelaki ( Jatuh dibawah maksud Kerabat bukan Waris Negeri).
*** Maka apabila Puteri berkahwin dengan orang kebanyakkan maka secara sendirinya tiada lagi gelaran yang bakal terbit. Sebagai contoh setelah di rujuk kepada YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa ( Sejarawan, Budayawan Adat Istiadat Seri Saguntang ) dan YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah seseorang Puteri dari Puak Megat Terawis apabila berkahwin dengan orang biasa maka anak di berikan gelaran TUN..! ianya TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU kerana Martabat Tun lebih tinggi dari Megat dan gelaran Tun merupakan martabat di bawah Gelaran Raja sebagaimana yang telah di kurniakan gelaran tersebut kepada Bendahara, secara tidak langsung adat itu telah tersasar.
Kelantan :
Seorang Tengku yakni wanita barang mengawini lelaki kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Nik.
Selangor :
Seorang Waris Negeri yakni Perempuan berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang akan lahir mengunakan gelaran Wan dan seandainya anak yang di perolehi perempuan dan selepas dewasa berkahwin dengan orang biasa maka tiadalah gelaran yang akan bakal di gunakan kepada anaknya kelak.
Hakikat sebenar Martabat Gelaran Keturunan mempunyai taraf dan tidak semuanya sama... Asal Gelaran Keturunan yang paling tinggi adalah SAYYID yakni Keturunan Rasulullah SAW dan seseorang yang berdarah Sayyid sebagai tanda hormat harus di panggil dengan panggilan Tuan Sayyid namun gelaran Keturunan yang Raja yang turun dari Nabi Sulaiman yakni Raja Sulaiman akan mengunakan panggilan Yang Mulia.
Kebarangkali banyak orang di luar tidak dapat menerima dan memahami mengapa beih Raja-Raja mempunyai PUSAKA yakni Kadam sebagai contoh TABAL JIN di Negeri Perak, Untuk Makluman Tabal Jin bukan bererti Manusia menabalkan Jin tapi ianya merujuk kepada Jin Memperakui Raja itu Benih dari Nabi Sulaiman AS.
Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.
“Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (dalam kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.” (Surah sabar, ayat 13).
Mungkin imej teks yang berkata 'GELARAN KETURUNAN Sayyid, Syed Raja CATATAN Tun Tunku Keturunan Nabi Muhammad SAW Keturunan Nabi Sulaiman AS Seseorang bendahara yang di angkat menjadi Sultan dan seeea setelah menjadi Sultan anak yang lahir selepas itu mengunakan TUNKU Panggilan timbang-timbangan bagi Anak-anak Raja. ianya tetap sama hanya ejaan sahaja yang berlainan. Tengku Engku Ungku'
6
6 Komen
Suka
Komen
Kongsi
6 Komen

JANGAN HINA ORANG DAYAK

JANGAN HINA ORANG DAYAK
Mengimbas kembali tragedi hitam pergaduhan di antara Dayak vs Madura di Sampit pada Febuari 2001.ada pengajaran dalam kisah ini..
|| Peristiwa Sampit, Kalimantan ||
DAYAK VS MADURA
Mengimbau Sejarah Hitam Kalimantan yang turut memberi kesan yang mendalam kepada penduduk kampung berdekatan sempadan Kalimantan Tebedu khasnya.Ramai warga Indonesia Lari menyelamatkan diri dengan menyusup masuk ke Sarawak melalui jalan hutan.Pondok kebun dan tanaman orang kampung menjadi kelangsungan hidup.Ramai penduduk kampung takut keluar mencari rezeki pada ketika itu.
SEJARAH HITAM KALIMANTAN :- Tragedi Berdarah Sampit
*** Dayak vs Madura***
______________________________
Tragedi Sampit merupakan sejarah hitam Indonesia-Kalimantan terbesar pada February 2001. Konflik Sampit mengakibatkan lebih dari 500 kematian, dengan lebih dari 100,000 warga Madura kehilangan tempat tinggal. Banyak warga Madura yang dipenggal kepalanya oleh suku Head Hunter Dayak.
Rusuhan Sampit dikatakan bermula hanya dari perkelahian pelajar SMK di Baamang. Warga Dayak dan Madura terlibat dalam pergaduhan itu. Pergaduhan itulah yang memicu konflik antara keluarga dan etnik. Pemerhati politik pada ketika itu telah menyalahkan kaum Madura itu sendiri kerana mereka yang pertama sekali mencetuskan kontroversi dan kemarahan etnik Dayak.
Pergaduhan pelajar diantara etnik Madura dan Dayak pada ketika itu mendapat campur tangan keluarga di sebelah pihak Madura iaitu Matayo. Matayo agak terkenal di tempat itu kerana sikap samseng dan jenayah2 yang sering dibuatnya di situ. Matayo yang campur tangan di dalam pergaduhan remaja itu membelasah pelajar2 dayak yang terlibat dalam pergaduhan itu. Perkara ini menjadi kemarahan penduduk Dayak yang mana merupakan penduduk asal di tempat itu. Manakala Madura adalah golongan pendatang di tempat itu yg mana tiba di kawasan itu hanya pada sekitar tahun 1930an mengikut pelaksanaan program kolonial Belanda dan disambung oleh Indonesia.
Pada 18 februari, sekitar jam 3 petang, pemuda Dayak menyerang Matayo dan mengakibatkan Matayo terbunuh. Ini mendapat respon pantas warga Madura dan ingin membalas dendam.
Lengkap dengan bersenjata, warga Madura segera menemui Ketua Lembaga Musyawarah Masyarakat Dayak iaitu Seruyan Tengah untuk membalas dendam. Warga Madura meminta agar pembunuh Matayo yang bersembunyi di rumah Seruyan agar diserahkan kepada mereka. Mereka mengancam untuk membakar rumah Seruyan jika tuntutan itu tidak dipenuhi.
Namun pembunuh Matayo tidak keluar, warga Madura kemudiannya merosakkan pagar, pintu dan tingkap rumah. Ada usaha untuk membakar rumah Seruyan tapi tidak berjaya. Polis kemudiannya datang mengawal keadaan. Berang kerana serangan itu tidak berjaya, warga Madura yang datang ke rumah Seruyan itu mengamuk di kawasan berdekatan dan membunuh orang-orang Dayak yang tidak bersalah di sekitar situ. Banyak rumah warga Dayak dibakar. Sebuah keluarga etnik Dayak, Seyan, telah dibakar hidup-hidup bersama tujuh anaknya dan cucu2nya.
Sejak dari hari itu, warga Madura menguasai Sampit. Puluhan warga Madura mengepung pekan. Mereka melayang-layangkan senjata mereka. Mereka juga menggunakan pelbagai kenderaan untuk berlegar-legar mencari mangsa. Setiap orang Dayak ditemui mereka pasti akan dikejar dan dibunuh tanpa belas kasihan. Jumlah rumah orang Dayak yang dibakar juga bertambah.
Antara pembunuhan kejam oleh warga Madura terhadap orang dayak ialah seorang ibu muda (orang Dayak) yang sedang hamil 7 bulan dibunuh dan perutnya dirobek. Perkara ini disahkan oleh Bambang Sakti, orang kenamaan dari Sungai Samba dan juga disahkan oleh wartawan tempatan. Orang2 Madura tidak berhenti di situ, dan bumi Sampit terus bermandi darah. Orang-orang dayak yg ketakutan terus berteriak-teriakan. Mereka mencari tokoh kuat mereka.. "Mana panglima Burung? ", orang itu menjadi harapan mereka.
Ketua orang-orang Madura yang melakukan pembunuhan ketika itu berteriak mengatakan "Sampit akan menjadi Sampang kedua!". Mereka juga memasak sepanduk "Selamat datang orang Dayak di Kota Sampang, serambi Mekkah".
Orang-orang Madura tidak hanya bersenjatakan parang tetapi juga pistol dan bom. Ini disahkan apabila polis menemui sejumlah 300 bom yang diambil dari rumah-rumah orang Madura.
PADA 20 FEBRUARI, PASUKAN PAHLAWAN DAYAK YANG DATANG DARI TEMPAT LAIN SAMPAI KE SAMPIT UNTUK MENDAPATKAN DAN MENGUASAI SEMULA BUMI SAMPIT.
Warga Dayak pedalaman dari beberapa lokasi daerah alingai sungai (DAS) Mentaya, seperti Seruyan, Ratua Pulut, Perenggean, Katingan Hilir dan juga Barito datang ke Kota Sampit melalui sungai Mentaya. Kesemua mereta rata-ratanya masih muda, tidak lebih dari 25tahun. Mereka datang dengan 'isi', tidak kosong. Mereka dibekalkan dengan ilmu kebal. Jumlah pahlawan yang datang adalah disekitar 320 orang.
Pasukan itu menyusup masuk ke daerah Baamang dan sekitarnya. Meskipun dalam jumlah yang kecil berbanding jumlah orang-orang Madura yang menguasai Sampit pada ketika itu, kemampuan bertempur mereka sangat menakjubkan. Mereka membunuh kesemua warga Madura yang berhimpun di pelusuk jalan dan bandar. Dengan ilmu kebal, mereka melawan ribuan warga Madura. Letupan-letupan bom yang dilemparkan oleh warga Madura kepada mereka tidak sama sekali mencederakan mereka, jauh sekali dapat membunuh mereka pahlawan Dayak. Bahkan, banyak bom yang disambut oleh pahlawan Dayak dan dilemparkan kembali bom itu ke arah kerumunan Madura. Pasukan Dayak pedalaman yang dihujani peluru dari pistol dan senapang warga Madura tidak terluka. Kerana itu, Polis juga tidak berani untuk menenangkan keadaan atau menembak pasukan pahlawan Dayak itu. Kesemua warga Madura buntu, strategi yang diguna-pakai oleh warga Dayak dalam serangan mereka cukup jitu hingga membunuh ratusan warga Madura.
Perahu-perahu yang digunakan oleh pasukan Dayak langsung tidak kelihatan oleh orang Madura, ini kerana mereka tidak mendekati tebing2 sungai tetapi pasukan Dayak itu berenang ke pinggir sungai di tepian Kota Sampit untuk memberikan kejutan kepada orang2 Madura. Mereka secara tiba2 muncul di penempatan orang-orang Madura dan tempat itu menjadi huru hara dengan amukan pasukan Dayak. Pasukan Dayak terus bergerak ke seluruh kawasan dan jalan-jalan utama seperti Jalan Baamang III, Jalan Gatot Subroto dan jalan S. Parman. Rumah pahlawan Madura seperti Haji Satiman dan Haji Ismail juga hancur diserang. Ramai pengawal di situ terbunuh.
Pasukan Dayak menjejaki kesemua warga Madura untuk dibunuh dan dipenggal kepalanya. Kejadian ini berlarutan sehingga beberapa hari. Ini kerana, ilmu kebal yang dibekalkan kepada mereka oleh panglima mereka membuatkan mereka dalam keadaan tidak sedar. Dan uniknya, deria hidu mereka menjadi tajam hingga dapat membezakan antara orang Madura dan yang bukan Madura. Bila orang Madura yg bersembunyi di kerumunan etnik lain (selain dayak dan madura), orang Madura itu tetap dapat ditangkap dan dibunuh oleh orang dayak. Tiada orang dari etnik lain yang terbunuh.
Rusuhan Sampit berakhir di sekitar bulan March 2001. Ratusan mayat orang Madura terapung di sungai dan di jalan raya tanpa kepala. Campur tangan tentera pengaman PBB di tempat itu menghasilkan perjanjian damai diantara penduduk Dayak dan Madura di tempat itu. Selain itu, sebuah tugu perdamaian dibina di Sampit.
Info Tambahan:
- Hingga ke saat ini di kota Sampit masih kelihatan kesan-kesan rusuhan silam, bekas rumah dan kedai yg terbakar, dan juga banyak rumah yang tidak berpenghuni.
- Terdapat kuburan besar-besaran korban rusuhan sampit
- Ketika rusuhan para pasukan dayak mengidentitikan dirinya dengan kain berwarna merah yang diikat di kepala/senjata yg digunakan.
- Sejak berakhirnya rusuhan, sehingga sekarang Sampit mengalami perkembangan dan kemajuan yang pesat baik dalam bidang ekonomi mahupun industri.
- Sampit kini menjadi kota yang damai, sejahtera, penduduknya bertoleransi.


Saturday, 29 May 2021

laksa

 laksa

isi laksa berkuah dari isi ikan. isi dan kuah. keduanya berisi. kalau nasi kosong dgn berlauk

nabi dan rasul

 nabi dan rasul

masih hidup sepanjang zaman. dulu, semasa dan akan datang silih berganti. berkekalan sepanjang masa. cuma penceritaan berbeza. namun tetap ada persamaan. pertemuan nabi khidir dgn nabi isa ajari tentang ilmu keimanan sebenar. pertemuan antara nabi isa dan ahmad hanya nanti waktu bila semua manusia saling berbantahan dan terdesak utk kehidupan. isa al masih adalah pelengkap keseluruhan nabi dan rasul.

bilangan adalah tiada terbilang. hanya pd yg pencari akan kenal dan menemui cara kenyataan. setelah kewafatan nabi. kelamaan cara beransur semua manusia kembali dlm kesesatan dlm pelbagai keagamaan. setelah itu kebenaran akan kembali lagi hingga tanpa penghujung dunia yg berkekalan. 

kitab di dada

 kitab di dada

tiada berhuruf. bukan bacaan dan hafalan. pegang pd penyisian pd kenyataan dlm diri. jika kitab menyatakan tuhan maha besar maka manusia tak boleh membesarkan dirinya

fb

 https://www.facebook.com/Audiokuliah/videos/216083010331448/

Friday, 28 May 2021

u j

 https://www.youtube.com/watch?v=t1tY29f_n3Y

Anxiety Disorder

 Anxiety Disorder

Kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang akan terlampau risau dengan perkara remeh sedangkan pada akal fikiran yang waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.
penyakit itu adalah serangan panik yang mana kerisauan itu muncul secara tiba-tiba. Simptomnya pula seperti jantung berdegup dengan kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh yang datang secara mendadak sehingga pesakit berasa 'mahu mati'.
Ia merupakan sebahagian daripada emosi normal manusia. Ia terjadi akibat situasi yang mengaktifkan bahagian otak yang mengawal respons simpatetik manusia.
Akibatnya, fisiologi tubuh manusia berubah bagi menyesuaikan keadaan dan bersedia untuk 'tindakan lari' atau lawan,
Tanda emosi: takut, cemas, gelisah, tidak tenteram, berat hati.
- Tanda tingkah laku: mengelak situasi tertentu, menyendiri, gagal menyempurnakan tugasan tertentu, gangguan tidur.
- Tanda fikiran: terlalu memikirkan masalah, fikiran berulang dan kurang tumpuan.
Kepada yang tidak mengerti, barangkali ada yang melontarkan persepsi bahawa golongan berkenaan hanya 'bermain dengan perasaan' ataupun mengada-ngada. Jangan terlalu skeptikal.
Kajian menunjukkan perasaan asing itu berlaku kerana interaksi antara faktor genetik dan persekitaran.
"Namun, secara umumnya terdapat beberapa lagi puncanya seperti stres, kurang keyakinan diri atau terlalu mementingkan kesempurnaan dan sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah serupa. Selain itu, sesetengah gaya hidup yang dipraktikkan seperti penyalahgunaan substans dan masalah kesihatan juga boleh menyumbang kewujudan gejala keresahan melampau ini....
Ambil peduli tentang tanda awal kebimbangan seperti berdebar-debar, degupan jantung laju daripada biasa, kerisauan bersosial, senang berpeluh bila mula risau atau rasa menggigil dan serang panik. Jika berlarutan lebih dua minggu hingga ganggu fungsi harian, dapatkan rujukan di mana-mana klinik....
Masalah mental termasuklah kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depress) dan ketegangan jiwa (stres). ...

Wednesday, 26 May 2021

fb

 

ILLUMINATI : WAJAH SEBENAR ARAB SAUDI
Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.
Strategi Freemason ialah merosakkan Islam dlm islam itu sendiri. Mereka merosakkan islam dan sunnah yg di bawa Rasulullah dgn islam versi mereka iaitu Wahhabi. Mereka berjaya merosakkan Mekah dengan binaan2 yg menutup kebesaran Kaabah dan dari kota ibadah menjadi kota perlancongan. Segala peninggalan Rasulullah dimusnahkan atas alasan bidaah, tetapi artifak berhala tidak pula dimusnahkan, malah dipelihara dalam muzium dan menelan belanja berbillion2. Skrg raja dh mati, akan berlakulah perebutan kuasa pemerintahan dan apa yg tertulis dlm Quran akan berlaku.
Negara Arab Saudi lahir dari konspirasi Illuminati sempena nama Bani Saud. Keluarga Ibnu Saud adalah Freemason keturunan Yahudi (Bani Al-Masalikh) dan dipilih sendiri oleh Rothschild.
Siapakah Rothschild???
Rothshchild adalah penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar didunia iaitu Illuminati.
Rothschild adalah keluarga paling kaya dan berkuasa didunia, dan mereka bekerja untuk Al Masih Ad Dajjal.
Raja Fahd dan Queen Elizabeth ibu kepada George W Bush yang juga benih asli dari keturunan Firaun. Kematian Puteri Diana telah dirancang oleh Queen Elizabeth.
KAABAH KINI SUDAH DIKEPUNG YAHUDI – FREEMASON
Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria… tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya…Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin….sebaliknya MEKKAH dan MADINAH….dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Yahudi – Freemason?
Kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh Rothschild, Rockefeller dan anak-anak Dajjal yg sama utk memberontak kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.
Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung barbaric) Najd dan bani Sa’ud.
Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa’ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).
Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama “Arab Saudi” sempena nama bani Sa’ud. Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan.
Aqidah Wahhabi = Aqidah Yahudi. Yahudi memperalatkan Wahhabi untuk menjauhkan umat Islam daripada Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri. Walaupun nampak secara zahir seolah2 untuk mendekatkan umat Islam dengan Islam, hakikatnya jauh sama sekali.
Tak percaya? Pergi sajalah ke Mekah dan Madinah. Orang ramai sudah tidak tahu mana satu makam isteri Rasulullah, mana satu makam sahabat2 Rasulullah dan sebagainya. Rumah S.Khadijah R.A dijadikan tandas awam.
Itulah antara bukti2 Allah Ta’ala nak zahirkan yang Wahhabi adalah pembenci Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda SAW sekalipun 5 waktu sehari semalam tak pernah tinggal solat.
Di antara Umat Islam yang paling banyak dibunuh adalah Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia.
Jadi adakah tak relevan bila ada teori kata bani tamim dan imam mahdi berada di nusantara? Rasulullah pernah bersabda umatku akan bangkit dari timur.
Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Apa yg kita dpt lihat hari ini tinggalan nabi Muhamad S.A.W spt rambut, kasut, serban dll….itulah harta Rasulullah yg sempat diselamatkan keturunan beliau.
Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah, keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak.zaman Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah dan bani Tamim dari Hijjaz.
Pengusiran keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal (Wahabi) ini telah dirakamkan.dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi,
Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari.kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah.Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah al- Mahdi.”(Ibnu Majah)
Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing. Bila kita mendoakan Rasul SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara “Ruh! Ruh!” Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya.
Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad mereka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah. Cubalah perati pendakwah mana yg tak habis2 nak bidaah kan amalan2 dlm mazhab syafie. Masih nak tutup mata?
Sejak jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, kelambu Kaabah bertukar dari hijau kepada hitam sbg tanda kekalahan islam. Tahun ini genap 90 tahun kekalahan islam. Renungkan hasilnya sepanjang 90 tahun islam kalah:
TURKI : Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ke tangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin “Islamik” Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
PALESTIN : yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
IRAQ : satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
AFGHANISTAN : negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).
LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan
musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen utk mencetuskan “Arab Spring”.. Rakyatnya dihasut untuk “BANGKIT”…dibantu dengan “Bersungguh2” oleh Tentera Salib (NATO).
SYRIA : adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al- Mahdi.
MESIR walaupun “DISERAHKAN” kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
LIHATLAH…DIPETA, SEMUA NEGARA DI SEKELILING MEKAH N MADINAH TELAH DITAWAN DGN SISTEMATIK
Ada golongan yg tak percaya dgn fakta yang diberi tanpa mahu selidik sejarah yg benar tentang kerajaan Saudi hari ini. Mereka persoalkan kalau lah Wahabi dan bani Saud tidak benar dan sesat tak mungkin Allah izinkan mentadbir dua bandar suci ini dgan aman dan makmur. Bayangkan negeri kering kontang penuh pasir dan debu tapi kaya dan pembangunan sentiasa pesat.
Cubalah melihat semula sejarah penjaga dua bandar ini, waktu zaman jahiliyah di mana kaabah ditadbir dengan keadaan makmur oleh keturunan arab quraisy. Di dalam masjid berdekatan kaabah siap ada berhala lagi. Kota madinah boleh dikatakan ramai geng-geng yahudi.
Keamanan dua kota ini adalah dalam jagaan ALLAH S.W.T, tiada kaitan pun dengan manusia sebagai penjaga sebenarnya.
Bukankah ada satu hadith mengenai apabila dajjal dtg ke makkah dan madinah dia cuma hentak kaki dan org2 munafiq dlm tu keluar mengikutinya…tak semua di makkah itu wahabi cuma penguasa2 nya itu yg berfahaman wahabi. Cuba kita fikirkan pula kenapa Makkah aman tanpa musuh2 islam nak serang? Sebab buktinya sudah jelas. Makkah dikuasai oleh org2 mereka juga….
Tak hairan byk tempat bersejarah dihapuskan di Mekah atas alasan ada orang arab buat perkara bidaah, tp sebaliknya pemimpin dia gila wang, buat pembangunan demi keuntungan diri sendiri. Bina hotel nak kalahkan Dubai. Mekah dah mcm Amerika dgn lambakan MCD, KFC, Burger king, Starbucks bersepah2.. Latest..butik paris hilton. Mekah mmg x kalah dgn NYC.
Cuba lihat sekarang didirikan bangunan pencakar langit sebagai penantian ketibaan Al-Masih Dajjal. Siapa yang menantikan dajjal kalau bukan Yahudi-Freemason?? Kita kena kaji bukan terus menolak. Adakah ajaran Islam
sekiranya kahwin 13 isteri dan Raja sekarang ni dari isteri ke 8? Renungkan!!
Boleh rujuk pendedahan ini dari buku Min Aina Wa Ila Aina sebanyak 43 halaman buku tersebut, ditambah dengan banyak rujukan lainnya. Penulis buku berjudul ‘ Ali Saud min aina wa ila aina’ ( Ali Saud dari mana dan ke mana iaitu Muhammd Shakher menggemparkan dunia apabila mendedahkan fakta berkaitan siapa sebenarnya Dinasti Saud sehingga setiap kali berlaku konflik antara Palestin – Israel, pasti mereka diam dan bungkam.
*Muhammad Shakher akhirnya dibunuh oleh Regim Saudi kerana pendedahannya yg menggemparkan itu.
Boleh rujuk kitab tarikh najad, kitab fitnah mujassimah, kitab qarnunajd, boleh tanya penduduk asal mekah keturunan ‘ashkubi, suwaidi, khardawi, ruhaili, sa’dadi, sulaibi, alawi,…boleh tanya anak2 murid ulama asal yg mengajar dimasjidil haram syeikh musa halabi yg sanad diambil dri syeikh yasin..
boleh tanya syeikh ahmad alawi anak syeikh mohamad alawi yg ayahny di penjara dan dikenakan tahanan rumah 10 tahun sedangkan syeikh muhamad ulama asal yg mengajar di masjidil haram…boleh tanya anak2 murid asal yg veteran sekarang ini ada dekat bukit ajyad, bukit karkaz, bukit hudais dll..
Pembunuhan yg dibuat anak wahab kerana mudah mengkafirkan ulama2 asal Mekah dan Madinah yg kebanyakan keturunan Rasulullah SAW berganding bahu bersama alu su’ud nasab yahudi utk menjatuhkan empayar islam yg benar dan digantikan dengan agama wahabi sekutu yahudi…
Boleh tanya syeikh ali sobuni, boleh tanya syeikh habib zain sumait, boleh tanya sendiri mufti dia syeikh soleh fauzan yg membenarkan cerita ini…
Hudud di haramain adalah fitnah terbesar dunia…Hudud kasta… Amah indon dirogol… Yg dipancung amah indon… Perogol dari kalangan arab saudi…??Bayar denda… Beratus kes boleh tengok…
Hudud wahabi mmng dasar yahudi (Talmud)… Bkn dasar Quran
ARAB SAUDI DAH NAK JADI LAS VEGAS. TAPI KITA SIBUK DOK MAKI SYIAH DAJJAL. CERDIK PUNYA WAHABI ALIHKAN SERANGAN PADA MAZHAB SYIAH YG SAMA SAJA CIPTAAN YAHUDI…SEDANGKAN MEREKALAH DALANG SEBENAR!
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A’raf Ayat 179)
Cp
Mungkin imej 1 orang, buku dan teks yang berkata 'TRUST TRI Nẹ Jerry D. Gray'
5
Suka
Komen
0 Komen