Monday, 12 June 2017

JEJAK WALI AGUNG NUSANTARA


JEJAK WALI AGUNG NUSANTARA
Suatu ketika sebelum solat jumat, di saat para jemaah sedang berwudhuk di pinggir sungai, tiba-tiba Datu Sanggul datang dan langsung terjun ke sungai yang air sedang meluap tersebut. Dia bercebur lengkap dengan pakaiannya. Orang-orang berteriak dan menjadi gempar.
Dan tiba-tiba lagi, di tengah kegemparan masyarakat itu, Datu Sanggul muncul dari tengah sungai dan berjalan di atas air dengan tenangnya, lalu langsung memasuki masjid. Lebih menghairankan, pakaian dia tidak basah sama sekali, kecuali anggota wudhuknya.
Ketika Datu Sanggul berjalan di atas air sambil melantunkan syair sufi :
“Allah jadikan serba empat.
Syariat tarikat hakikat makrifat.
Menjadi satu di dalam khalwat.
Rasa nyamannya tiada tersurat”.
"Riau-riau padang si bundan.
Di sana padang si tamu-tamu.
Rindu dendam tengadah bulan.
Di hadapan Allah kita bertemu".
Allahu Akbar
Datu Sanggul, demikian masyarakat menyebutnya, adalah seorang ulama Waliyullah yang berasal dari Desa Tatakan, Kecamatan Tapin Selatan, Kabupaten Rantau Tapin. Ia hidup sekitar abad ke-18 M, satu zaman dengan Maulana Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Datu Sanggul bernama asli Syeikh Muhammad Abdus Samad. Kemudian diberi nama oleh NABI KHIDIR dengan nama Syeikh Ahmad Sirajul Huda r.a.
Adapun nama DATUK SANGGUL kerana beliau sering MENYANGGUL atau BERTAPA KHALWAT ZIKIR MENUNGGU ILMU LADUNI KEMAKRIFATAN DARI ALLAH.
Pada suatu hari di Kota Mekkah, ketika Syeikh Muhammad Arsyad Al-banjari lagi menuntut ilmu di Masjidil Haram, melihat seseorang sedang sembahyang di dekatnya. Dia tertarik untuk mengetahui, kerana orang itu mengenakan baju palimbangan hitam dan celana hitam serta memakai laung.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-banjari yakin bahawa ia bukan orang-orang Mekkah, kerana orang-orang Mekkah tidak ada yang berpakaian demikian. Pakaian seperti itu hanya dipakai oleh orang Banjar atau orang tanah Jawa. Dan peristiwa itu dilihat oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari selama beberapa kali setiap hari Jumaat.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari bertanya: “Saudara ini orang mana, asal negeri mana dan sudah berapa lama tinggal di Mekkah.”
Datu Sanggul menjawab pertanyaan itu dengan senyum. “Saya setiap Jumaat datang ke sini untuk bersembahyang, dan aku berasal dari Kalimantan selatan, Allah memberiku kekuatan sehingga dalam sedetik akupun sampai di Mekkah ini."
Untuk menguji kebenarannya itu, Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari pun kemudian berkata kepada Datu Sanggul: “Kalau betul engkau pulang pergi dari Kalimantan ke sini dalam sekelip mata, cuba tolong bawakan aku durian dari kalimantan selatan ke sini!"
Datu Sanggul lalu berdiri di depan Kaabah. Tangannya dilambaikannya ke Hajar Aswad, Ketika ia menarik kembali tangannya, ada sebiji durian: “Nah ini durian barusan ku petik masih ada getah di tangkainya,” kata Datu Sanggul. Buah itu diterima Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari dengan tersenyum.
Sejak pertemuan awal itu, Datu Sanggul dan Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari semakin sering bertemu di setiap solat Jumaat. Kemudian untuk menyempurnakan ilmunya, maka keduanya berguru di Mekkah kepada Wali Mursyid Tariqat Qadiriah Naqsyabandiah.
Dari persahabatan keduanya ini pula kemudian ada satu kitab yang dikenal sebagai Kitab Barencong. Yakni, kitab yang dibahagi dua secara diagonal. Satu bahagian dipegang oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari dan sebahagian lainnya dibawa oleh Datu Sanggul.
“Jangan susah mencari BILAH.
Bilah ada di rapun BULUH.
Jangan susah mencari ALLAH.
Allah ada di batang TUBUH".
(Datuk Sanggul)
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

No comments:

Post a Comment