HAKIKAT SEMATA
Maqam ini disebut juga dengan hakikat mujaradat atau dengan kata DERAJAT HAKIKAT. Orang awan dan orang alim belum mendapat atau mencapai DERAJAT HAKIKAT ini. Mereka hanya sampai kepada tingkat ilmu belaka. Belum lagi sampai kepada DERAJAT HAKIKAT ILMU DAN MAKRIFAT. Orang yang berada pada tingkat hakikat semata ini, tiada lagi berpegang kepada kulit lahir dan nas dan dalil. Mereka telah menyeberang dari Al Qur’an dan al-hadis.
MEREKA LANSUNG MENUJU
TUHAN TANPA PERANTARA
TUHAN TANPA PERANTARA
Rasulullah S.A.W. sendiri, sebelum turunnya Al Qur’an, beliau sudah makrifat kepada Tuhan Allah. Beliau cukup memakai dalil-dalil alam sekelilingnya. Itulah yang disebut KITABUL UJUD. Orang yang berada pada maqam ini berkata dengan sembarang kata, kerana mereka tidak peduli atas kaedah syariat. Makanya ulama-ulama syariat atau ulama fekah menghukumkan zindik kepada mereka. Sebenarnya kata-kata zindik itu hanya kata-kata menakuti saja.
Orang-orang siddiq yang kuat memegang syariat berkata-kata zindik itu hanya untuk supaya jangan ditiru oleh orang yang dangkal ilmu pengetahuanya. Jadi saya yakin, bahawa hakikat semata ini dapat dibenarkan, asal orang itu benar-benar mendalam, dan dalam ilmu makrifah dan telah sampai ke puncaknya.
RASULULLAH S.A.W. sendiri pernah bersabda, dan tiba-tiba disuruh Tuhan menutup lidahnya, agar supaya terpelihara syariat MUHAMMAD. Para sahabat mengumpulkan dan mencatat semua hadis Nabi s.a.w. tetapi Nabi melarang mencatat hadis-hadis Nabi yang sangat rahsia, kalau dicatat semua maka akan membawa fitnah besar, para sahabat sering membicarakan soal yang mendalam. Sampai-sampai keluar dari Al-Qur’an dan Al Hadis, Nabi s.a.w. sering melarang. Sebab sabda beliau: "tidak semua umatku yang mencapai makam ini. Dan nanti akan membawa fitnah besar."
No comments:
Post a Comment