MENUJU DESTINASI KETUHANAN
Sebelum sampai ke tujuan itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau pembimbing agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya (tujuan). Kita perlu pula kenderaan supaya cepat sampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambat sampainya.
Setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bawa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atau ragu-ragu adalah itu tempatnya. Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita.
Apabila kita telah berada di dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut. Seperti firman allah di bawah ini
"Barang siapa kenaI dirinya akan kenaI Tuhannya"
Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan untuk mengenal allah. Ini bukan bererti diri kita itu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu dapatlah kita mengenal Allah.
Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan penjelasan di atas, AKU atau diri kita ini adalah ayat ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan.
Zat Tuhan itu digelar sebagai 'Kunhi Zat' (semata-mata Zat) atau belum ada apa-apa (hampa/kosong), tidak sampai ke dalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita. Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai ke sana. Tetapi bayanganNya atau ayat ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.
Matahari itu silau mata kita kalau memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun
bergoyang itulah tanda adanya angin. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat.
bergoyang itulah tanda adanya angin. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat.
Kita ini ibarat bayang, daun, dan cili tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya angin Dengan cili dapatlah kita merasai pedas.
Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian ini. Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap- tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya. Amiin²
No comments:
Post a Comment