"DEMI MASA"
Pihak Mutakkalimin berpendapat bahawa Masa itu adalah perkara khayalan, manakala ahli Filosuf pula berpendapat Masa itu terjadi kerana pusingan langit dan planet.
Orang-orang sufi pula mengatakan bahawa Masa itu ialah azali (masa tanpa awal) dan abadi (masa tanpa akhir).
Kedua-dua ini bersatu. Cipta dan binasa ada dalamnya. ’Sebelum’ dan 'Selepas' adalah hanya perbandingan sahaja. Jika tidak, cipta dan binasa adalah dalam ketika yang satu dan yang sama itu juga. Masa ialah sifat kekal bagi Allah. Ianya tidak ada pangkal atau hujung. Tidak ada awal dan tidak ada akhir.
Masa ialah pusingan ’point’ tahun, bulan, hari, manakala minit dan saat adalah perincian-perincian masa, dan masa itu kekal. Yang lepas dan Yang sekarang tidak menjadi soal: ”Tidak ada pagi dan tidak petang dengan Tuhan”.
Masa itu kekal dalam kekal dan sementara dalam sementara. Point itu sentiasa ada.
Kitab ANA AL HAQ
No comments:
Post a Comment