Sunday, 6 September 2015

Tazkirah


Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian, Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.
Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.
Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.
Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
Apabila ada sahabat yang mahu berhijab & berubah ke arah yang lebih baik,kalau tidak mampu jadi tulang belakang,jangan jadi batu penghalang.

Rezeki adalah milik Allah SWT, tidak perlu bimbang kerana ia pasti ada. Yang penting adalah berdoa dan berusaha untuk dapatkan rezeki.


Bekunya air mata kerana kerasnya hati..,

Kerasnya hati kerana banyaknya dosa..,

Banyaknya dosa kerana lupakan mati..,

Lupakan mati kerana cintakan dunia....
Mengapa takut untuk berjalan sedangkan kita punya sepasang kaki yang boleh berjalan dan berlari..,

Mengapa takut untuk berjuang sedangkan kita punya tuhan yang sentiasa disisi.....


"Sayangkan diri banyakkan istighfar"
بسم الله الرحمن الرحيم

[Sedikit nota]

Apa yang dimaksudkan dengan "ghaddul bashar" { غَضُّ البَصَرِ } (mengekang pandangan) itu bukanlah menundukkan kepala sepanjang berjalan dan tidak memandang sekeliling, tapi yang dimaksudkannya ialah menahan keinginan hati untuk melihat kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti apabila seseorang lelaki melihat kepada seorang wanita secara tidak sengaja, yakni pandangan secara spontan dan tiba-tiba yang terhjadi tanpa niat, disebut sebagai 'nazhratul faj'ah" { نَظْرَةُ الفَجْأَةِ }, maka dia menahan keinginan hatinya untuk memandang lagi buat kali kedua dan seterusnya.

Ini seperti yang tersebut di dalam hadith daripada Jarir bin 'Abdullah katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai pandangan secara tidak sengaja. Lalu Baginda memerintahkan agar aku memalingkan pandanganku". Dalam riwayat lain Baginda bersabda: "Tidaklah (boleh) sekali pandang (kepada perkara haram) itu mengiringi sekali pandangan (yang lain) maka sesungguhnya boleh bagi kamu (pandangan) yang pertama dan tidaklah boleh bagi kamu yang kedua". - [ Riwayat Muslim, Ahmad, at-Tirmizi dan Abu Daud ].


Sayangkan Allah banyakkan berzikir..,

Sayangkan Rasul banyakkan berselawat..,

Sayangkan akhirat ingatkan mati..,

Sayangkan syurga banyakkan beribadat..,

Sayangkan dunia banyakkan istighfar.....

No comments:

Post a Comment