Saturday, 5 September 2015

Tazkirah


Dari Humaid dari Anas ia berkata: Seseorang mendatangi Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Bilakah berlakunya kiamat? Lalu nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk solat, selesai solat Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam bertanya: "Mana si penanya tentang hari kiamat tadi?" orang itu menjawab: Saya wahai Rasulullah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bertanya: "Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?" orang itu menjawab: Aku tidak menyiapkan banyak shalat dan puasa untuknya, hanya saja aku mencintai Allah dan rasulNya. Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam bersabda: "Seseorang bersama orang yang ia cintai dan engkau bersama orang yang kau cintai."  HR Tirmizi (2307)
Wahai Ibrahim! Engkau temanKU dan AKU temanmu, jangan engkau masyulkan hatimu kepada selain daripadaKU, nanti akan terputuslah ketemanan itu antara AKU dan engkau, sebab orang yg benar dalam dakwaannya berteman dengan AKU, iaitu siapa yg dibakar degan api tidak berubah hatinya daripadaKU kepada selainKU kerana mengagungkan kehormatanKU....


Malu adalah bahagian dari iman, malu pun bahagian dari cinta!

Wanita solehah, malunya adalah perhiasan. Kepada suaminya, malunya adalah cinta!

Darinya, terbit ketaatan dan hormat!

Demikianlah malumu kepada Tuhan!

Siapa yang malu kepada Allah, malu yang lain kepadanya!
Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud —

Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu!


Rezeki adalah milik Allah SWT, tidak perlu bimbang kerana ia pasti ada. Yang penting adalah berdoa dan berusaha untuk dapatkan rezeki.
Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian, Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.
Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.
Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.
Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
Apabila ada sahabat yang mahu berhijab & berubah ke arah yang lebih baik,kalau tidak mampu jadi tulang belakang,jangan jadi batu penghalang.


الله..
بسم الله الر حمن الر حيم
Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, sebab dunia ini tidak cukup untuk tempat apa yang akan diberikan kepada mereka, juga kerana Allah sayang akan memberikan balasan pahala mereka di tempat yang tidak kekal.

Sesungguhnya tempat pecut kuda di dalam syurga lebih berharga dari dunia seisinya.


Wahai anakku, sekiranya kamu mendatangi satu kumpulan kaum, maka lontarkan kepada mereka "anak panah Islam" (iaitu ucapan salam).

Kemudian duduklah di sisi mereka dan jangan bercakap sehingga mereka bercakap terlebih dahulu.

Sekiranya mereka asyik dalam menyebut nama Allah, maka libatkan diri dengan cergas bersama mereka.

Sekiranya mereka membicarakan yang selain daripada itu, maka beralihlah kepada majlis yang lain selain daripada mereka.

— Luqman Al-Hakim

No comments:

Post a Comment