Thursday, 10 September 2015

Tazkirah


Selfie? Mmg nmpk cantik dan sangat lawa. Tetapi apa motif lawa-lawa di hadapan ajnabi? Merekalah yang akan dakwa awk semua di akhirat kelak.
dalam islam tiada istilah "perigi mencari timba" kalau dah suka , cakap suka je lah -ustaz azhar idrus-


Pasangan Yang Baik Itu Anugerah , Tak Perlu Berseban Mahupun Berpurdah Cukuplah Yang Selalu MemBimbing Kita Ke Jalan Allah :')
Doa kawan adalah antara doa yang dimakbulkan oleh Allah jadi wahai kawan sentiasalah berdoa untuk kawan awak ye


Dia mengutuk? Abaikan, Allah ada. Dia mencaci? Biarkan, Allah ada. Dia buka Aib kita? Sabar dan senyumlah, Allah itu Maha Adil!
Pada saat kita merasakan kita terbeban & tidak punya siapa di sisi,pd saat itulah Allah sedang memerhatikan kita dgn penuh rasa kecintaanNya
Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata kamu, tapi carilah pasangan yang telah menyempurnakan hidupmu dengan caranya.


Nak tahan marah, berwudhu' lah. Kerana itulah yang Nabi Muhammad s.a.w ajar dan itulah sunnah baginda. Dapat pahalalah kalau buat.
“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)
Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu...
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.


Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
ape hujah yg paling best nk ckp pde parents pasal kite nk berniqab..

Ustaz Azhar Idrus : "tak perlu kebenaran keluarga..ianya hukum Islam yg bebas siapa saja nak amalkan cuma apabila ditanya, katakan saya senang begini.. insyaAllah akhirnya mereka menerima.. "
ustaz..kalau org prempuan tu pakai purdoh doh pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz?nampok ye makin cantik jelita bila berpurdah berbanding mase ye berpakaian biase..sapa kelu lidah nk ucap subhanallah ke astaghfirullah...

Ustaz Azhar Idrus : "bila dah berpurdah, kita masih duk syok lg tu bkn salah yg berpurdah...salah kita dah tu sbb tengok dgn nafsu.."
Wanita yang soleha lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
Apa hukum isteri ambik duit suami tanpa izin utk beli beras dan brg keperluan?bila mintak suami tak bg.

-harus seorg isteri ambik duit suami jika suami tak bg nafkah,tetapi jika duit yg diambil itu utk kgunaan sendiri haram ambik.
Batal wuduk tak pegang kemaluan binatang?

-mu takdok keje sgt doh ke nk pegang kemaluan binatang!mgkin doktor haiwan kot..pegang kemaluan binatang tak m'batalkan wuduk..peganglah seminggu pun.
Ade ustaz lain kata tahlil tak sampai pd si mati,btl ke?

-jgn b'balah dlm menda khilaf,ada pendapat yg muktabar yg kata sampai pahala yg disedekahkan oleh org hidup.."bila mati seorg anak Adam maka t'putuslah amalannya" pahala yg disedekahkah tetap sampai kpd org yg telah mninggal dunia.
Syirik tak jika gunakan khidmat bidan utk naikkan seri pengantin?

-ada yg syirik dan ada yg tak syirik,jika ia melibat susuk atau perkara yg b'tentangan dgn syarak maka haram dan syirik p'buatan..tp kalau setakat b'hias dan solekan yg tak b'lebihan tak la jd syirik..nak jd pengantin yg berseri kena la jaga akhlak,yg tak cantik pun nampak cantik jika molek akhlaknya.
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)
~Sayang satu ucapan yang mudah disebut tapi biarlah dengan keikhlasan. .
~Ingatlah sentiasa kepada Allah yang memberi rezeki dan kenikmatan. .
~Sesungguhnya tanpa kasih Sayang-Nya siapalah kita disisi Allah.
Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.
Indahnya dunia hanya sementara, indahnya cinta hanya seketika, indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.

No comments:

Post a Comment