Thursday, 3 September 2015
Tasawuf&al quran
Alif laam miim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertaqwa. Mereka yg beriman kepada yg ghaib, yg mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yg kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka beriman kepada kitab( Al-Quran) yg telah diturunkan kepadamu( Muhammad) dan kitab-kitab yg telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yg telah mendapat petunjuk dari Tuhannya dan merekalah orang-orang yg beruntung.
Al- Baqarah:1-5
Barangsiapa yg tidak mencapai fana diri, maka setiap kebaikannya adalah kejahatan yg mengzahirkan akuan diri!
Sibuk dengan salah sendiri, jangan sibuk dengan salah orang!
Kalau tergelincir, mohon ampunan-Nya!
Jangan bergurau dengan apa yang menjadi dosamu!
Malaikat kiri dan kanan sedang mencatit perkataanmu, tulisanmu satu per satu. Itu akan dipersembahkan kepada Tuhanmu!
Kalau kamu tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu!
Dosa bukan permainan bahkan ia nyata. Demikianlah neraka!
Berjaga-jaga belaka!
Tuhanmu memerhati!
Maut sejengkal sahaja dari ubun-ubun kepalamu!
Lidahmu, jaga sendiri!
Sebesar-besar dosa hati, engkau melihat tadbir dan ikhtiar engkau dan tidak melihat tadbir dan ikhtiar Tuhan atas engkau!
— Syeikh Abdullah Al-Majzub
Wahai orang-orang yg sedang menuju kepada Hadrat Allah! Bertaubatlah daripada dosa-dosa zahir dan batinmu!
Bertaubatlah drp kelalaian hatimu!
Bertaubatlah daripada sungutan dan bantahanmu kepada Allah!
Bertaubatlah daripada terhijab memandang Wajah Keelokkan Allah!
Dan bertaubatlah daripada melihat wujud selain Allah!
Kembalilah kepada Allah dengann hina, kurang, jahil, bodoh dan tiada-daya upayamu!
Ketahuilah! Engkau tidak memiliki apa-apa pun melainkan pemberian daripada Allah!
Tiada kesombongan dan keamanan diri melainkan bersujud rohmu dihadapan Kemuliaan dan keAgungan Allah Azza Wajalla!
- Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment