Tuesday, 8 September 2015

pelarian

Ketika krisis kemanusiaan pelarian warga Syria semakin meruncing, ada individu yang tampil menawarkan bantuan. Jutawan Mesir, Naguib Sawiris menawarkan diri untuk membeli sebuah pulau di Greece atau Itali bagi menempatkan pelarian warga Syria. Cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Itali dan Greece. Menurut beliau, idea itu tercetus setelah tidak tahan lagi melihat penderitaan warga syria. Ini termasuk pendedahan di media berhubung penemuan dua mayat kanak-kanak warga Syria, Aylan Kurdi dan Galip yang terdampar di pantai Turki akibat lemas.
Jutawan Mesir, Naguib Sawiris:
"Cukuplah! Gambar kanak-kanak yang ditemui maut di pantai serta pelarian dari Hungary. Mereka ini dilayan seperti lembu."
Cadangan Sawiris juga mendapot sokongan pelbagai pihak dari seluruh dunia. Sawiris, 61 tahun juga merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Orascom Telecom, Media and Technology yang berpusat di Kaherah, Mesir.
0:29/0:29

No comments:

Post a Comment