Saturday, 5 September 2015

hj hadi

Insan ini pernah menjadi Menteri Besar Terangganu, TETAPI....
Insan ini di keji, di hina, di cerca, di tohmah, di fitnah apabila mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan naluri mereka yg berkepentingan di dalam Parti...
Insan ini dimaki, diherdik setiap saat kerna tidak setuju keputusan rakan di dalam Pakatan tentang Isu Kajang Move.
Insan ini diperlekeh dikatakan tidak ada ilmu untuk memimpin negara, tetapi...
Insan yg dicaci dihina di maki inilah juga yang mengenalkan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga² kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang² Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
TAPI Insan ini yg diperlekeh juga adalah Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia pada 22 Ogos 2014. Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut². Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman...
Tapi insan ini yang dikatakan bodoh juga telah mengarang berpuluh² kitab dan buku agama dan rujukan sepertinya :-
1) Islam Satu²nya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
2) Fiqh siyasah Khulafa ar-Rasyidin : Amirul Mukminin Umar ibn Alkhatab : MDQ Enterprise, 2013
3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor ) : Jundi Resources, 2012
4)Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011
5) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
6) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010
7) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
8) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
9) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
10) Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
11) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
12) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007
.
13) Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
14) Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
24) Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) Khianat Amalan Demokrasi Berparlimen? : Angkatan Edaran Enterprise, 2003
25) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
26) Tafsir Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
27) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
28) Tafsir Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
29) Tafsir Surah Luqman : As-Syabab Media, 2002
30) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
31) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
32) Ketaatan dan Ubudiyah : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2002.
33) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
34) Angkara Minyak : Tumbangkan Kerajaan Haji Hadi (Bersama Dato' Tarmizi Mohd Jam), Rangkaian Minda Pubs, 2000
35) Tafsir Surah Yaasin : Menyelami Lubuk Hati Al-Quran : Penerbitan Muttaqin, 2000
36) Medan Kehidupan : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2000
37) Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999
38) Khutbah Jumaat dan Hari Raya, Institut Tarbiah Johor & An-Naas Enterprise, 1996
39) Sistem Pemerintahan Negara Islam : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
40) Penghujung Kehidupan : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
41) Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
42) Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
43) Beriman kepada Rasul : Pustaka Aman, 1992
44) Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk (Siri Suara PAS di Parlimen) : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991.
45) Beriman kepada Qada dan Qadar : Pustaka Aman, 1990
46) Beriman kepada Malaikat dan Beriman kepada Kitab Allah : Pustaka Aman, 1990
47) Aqidah Muslimin : Pustaka Aman, 1988
48) Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
49) Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (3 Jilid) : Dewan Pustaka Fajar, 1987
50) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : GG Edar, 1986
51) Uslub Dakwah : GG Edar, 1986
52) Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
53) Rahsia Kekuatan Tentera Allah : Penerbitan Mujahid, 1984
54) Hizullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
55) Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
56) Batas² Iman dan Kufur : Pustaka Damai, 1983
DAN INSAN YANG DIKATAKAN TIDAK PANDAI INI pun tidak kurang hebat juga...
Beliau diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. Kemudian belajar di Sekolah Rendah Rusila, pada tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab Agama, Marang selama 5 tahun.
Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi, dari tahun 1969-1973. Kemudian beliau melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

No comments:

Post a Comment