Monday, 6 July 2015

Tasawuf


Kitab Aqidadunnajin dibawah tajuk Alhamdulillah

Bermula puji itu terbahagi atas empat:

Pertama : Puji qadim bagi qadim, dan iaitu puji Allah akan dirinya pada azali.

Dan kedua: Puji qadim bagi hadis, dan iaitu memuji Allah Ta'ala bagi anbiya'Nya dan auliya'Nya
seperti firmanNya:
Ertinya: Sebaik-baik hambaKu itu yang banyak taubat, (Surah Shad : Ayat 30)

Dan ketiga: Puji hadis bagi hadis, dan iaitu memuji hamba setengah akan setengah mereka itu seperti dikatanya: Sebaik-baik manusia itu si anu.

Dan keempat : Puji hadis bagi qadim, dan iaitu memuji hamba akan Tuhannya.

No comments:

Post a Comment