Friday, 31 July 2015

Tasawuf pisah


🎈 Hakikat perpisahan...

Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh, atau kerana ditinggalkan orang tercinta. Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan kerana kita akan bertemu lagi di Akhirat. Perpisahan adalah ketika salah seorang di antara kita masuk syurga sementara yang seorang lagi masuk neraka. Ya Allah, sebagaimana engkau kumpulkan kami sekeluarga di dunia, kumpulkan kami juga di syurga-Mu .. Allahumma Aamiin.
🎈 بسم الله الرحمن الرحيم

           " Ya Allah !
       Aku berlindung kepada Mu , dari tidak merendah hati ,
Jiwa yang tidak puas , ilmu yang tidak bermanfaat dan doa yang tidak dikabulkan "

Wallahu a'lam.
al-haqir .



"ALLAH sendiri memelihara mereka yang mengabdikan diri kepada-NYA"

-HABIB AJMII..

Kosongkanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah dengan zikrullah yg berterusan, nescaya hatimu akan menjadi gedung tempat simpanan rahsia Allah!


بسم الله الر حمن الر حيم
Tidak dikhuatirkan ke atas kamu samarnya jalan yang kamu tempuhi, tetapi yang dikhuatirkan adalah kemenangan hawa nafsu ke atas kamu.

Apa yang di dalam hatimu, cukup meski lidahmu kosong berbanding apa yang ada di lidahmu tetapi hatimu kosong!

Orang yg salik disempitkan oleh Allah rezeki rohnya membelanjakan sekadar kesempitannya dan orang yg wasil diluaskan rezeki rohnya oleh Allah membelanjakan sekadar keluasannya, maka kedua-duanya itu adalah anugerah dan kurniaan Allah untuk manusia!

No comments:

Post a Comment