Sunday, 26 July 2015

Nabi khaidir


H A D I S - T E N T A N G - K I S A H - K H I D I R :
⊙Dikatakan Khidir Bukan Wali Tetapi Nabi?⊙

Hujah Ustaz-Ustaz Wahabi Dalam Menafikan Hadis-Hadis Tentang Kisah Khidir a.s bertemu wali wali umat Muhammad yang banyak diceritakan di dalam kitab-kitab himpunan kisah kisah para Wali-Wali silam yang banyak ditulis dan di salin kembali oleh Sufi Sufi di zaman terkemudian sebagai siri motivasi diri dalam mencari ilmu-ilmu ketuhanan dan mencari Guru Mursyid @ wali bagi ilmu hakekat @ "khidir"  :

[25/07 15:31] Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Khidir A.S.

نص السؤال: من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي.

Soalan:

Siapakah Al-Khidir? Apakah dia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup hingga ke hari ini - sepertimana yang dikatakan oleh ramai orang? (kononnya) Sebahagian orang-orang yang soleh pernah melihat dan berjumpa dengannya. Jika ia (al-Khidir) masih hidup, dimana ia tinggal? Mengapa dia tidak menzahirkan diri agar orang ramai dapat mengambil faedah dari ilmunya? terutamanya di zaman sekarang? Saya mengharapkan penjelasan yang memuaskan (dari tuan).

نص الإجابة:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه.

Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.

اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف.

Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. (al-Khidir) Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.

وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.

Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya: "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah karena kemahuan Allah Ta'ala.

بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان.

Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat. Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.

ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا.

Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.

وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للم
[25/07 15:31] Tidak ada sama sekali walau satu dalil/bukti yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sebahagian orang - akan tetapi bukti yang ada adalah sebaliknya (iaitu al-Khidir telah wafat), Disana banyaknya dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijma para peneliti dikalangan ulama umat Islam bahawa
Al-Khidir tidak lagi hidup.
وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم ، يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر ولياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.
Memadailah dengan saya menukilkan beberapa perenggan dari kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Diantara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. Tidak ada satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir. Adapun hadith yang menceritakab kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang baginda. Kemudian
baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir." Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."
وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقال: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان.
Ibrahim Al-Harbi pernah ditanya tentang dipanjangkan umur Al-Khidir dan kononnya dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang menyebut perkara ini kepada orang ramai, kecuali syaitan."
وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34).
Imam Bukhari juga oernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim). Telah ditanya juga ramai di kalangan para ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).

*sambungan dr artikel diatas
[25/07 15:31]  Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini, maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta belajar daripada baginda." Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah Al-Khidir pada ketika itu?
فالقرآن ،والسنة، وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.
Al-Qur'an dan Sunnah serta perkataan para peneliti dari kalangan ulama umat ISlam, menafikan dakwaan Al-Khidir masih hidup sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian orang.
القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون)
Allah berfirman di dalam al-Quran: "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa': 34).
فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله)
Maka al-Khidir itu, jika dia seorang manusia, maka ia tidak akan hidup kekal, karena kekalnya ia itu dinafikan oleh Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya ia masih hidup (hingga ke zaman Nabi S.A.W), sudah tentu ia datang kepada Nabi S.A.W., dimana Nabi S.A.W. telah bersabda tentang Nabi Musa: "Demi Allah, andaikata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.R. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah)
فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر.
Maka jika Al-Khidir itu seorang Nabi, maka ia tidaklah lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah ia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.
وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان.
Apakah hikmahnya al-Khidir masih hidup - sepertimana anggapan sebahagian orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya? Tidak ada faedah dari segi syara' dan akal di sebalik kekalnya al-Khidir di gurun, gunung-ganang ini? Sesungguhnya orang ramai selalu menyukai cerita-cerita yang pelik, ganjil dan dongeng-dongeng. Mereka menggambarkannya menurut gambaran mereka sendiri dan khayalan mereka, kemudiannya, mereka sandarkannya kepadanya pakaian keagamaan. Cerita ini disebarkan dikalangan orang awam dan mereka beranggapan cerita ini berasal dari agama, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah rekaan manusia dan tidak diturunkan oleh Allah.
[25/07 15:31] Adapun mengenai soalan: Apakah ia seorang Nabi atau wali? Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih zahir (tepat), ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah dalil/bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri. maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi bukan seorang wali.
والله أعلم
[25/07 15:31]: Al-'Anbyā':34 - Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

P/S: Itu kata mereka, dalil bagi membenarkan hujah hujah para wahabi. Secara zahirnya kita terima. Tapi ada "tapinya" ... krik krik krik .. :-)
♨M e n j a w a b - P e r s o a l a n - K h i d i r :♨
(S i r i - m e n j a w a b - w a h a b i - b y - s u n n i)

Bismillah ...tentang khirdir adalah perbicaraan ghaib, ilmu hakekat .. dan hal perbicaraan ini hanya "layak" dibicarakan oleh insan insan yang telah Allah swt (1) lantik (2) mengiktiraf dan (3) mengurniakan mereka KEILMUAN YANG SAMA SEPERTI YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KHIDIR DAN "LAIN-LAIN" (hamba ulang semula ayatnya "KHIDIR DAN "LAIN-LAIN") :-)

Note : Untuk pengetahuan srmua, Dalil dalil dari artikel di atas adalah diambil dan dikutib dari hujah dan fatwa Ibnu Taimiyah dalam menghentam ilmu Sufi dan kisah kisah wali wali yang pernah menceritakan tentang pertemuan dengan Khidir. Khidir dalam dunia sufi dibahagikan dlm 2 perumpamaan. 1) Khidir yang nyata berjumpa secara nyata yang menemui orang orang arif yang berhajat di mana silam. 2) dan keduanya adalah khidir dlm bentuk "kiasan", iaitu bertemu orang-orang seperti khidir @ ataupun lebih tepat lagi bertemu wali Allah yang diumpamakan bertemu khidir yang mengajarkan ilmu. Para sufi silam tidak menyebut secara terus sebagai "bertemu wali" tapi diberi kiasan sebagai khidir atas sebab wali wali silam yang ditemui oleh orang arif silam untuk diambil ilmunya, mereka tampa nama .. lalu diberi nama kiasan simbolik sebagai khidir atas sebab "khidir" yang diturunkan Allah atas bumi ini "bukan khidir" seorang tetapi salah seorangnya diantaranya adalah "khidir a.s" ... di dalam umat Muhammad pun ramai Khidir .. salah seorangnya Uwais al Qarni ... Rasulullah meminta Ali dan Umar "mencarinya" .. sama seperti kisah Allah meminta Musa mencari Khidir (ilmu hakekat) ... dan kita juga jika telah sempurna melaksanakan ilmu syariat, maka diwajibkan untuk mencari guru bagi ilmu hakekat yakni Tasawuf atas sebab ilmu syariat tidak sempurna jika tampa ilmu hakekat. Dan Khidir adalah simbol keilmuan para wali-wali Allah yang dikenali sebagai guru ilmu hekekat (mursyid yang arifbillah).


Dalil dalil yang di kemukakan di atas banyak longgarnya, ibnu Taimiyah (bapa ilmu wahabi) mengemukan dalil hadis yang menyatakan bahawa umat kini usianya tiada akan lebih dari 100 tahun .... (??) hujah ini adalah tertolak, atas sebab hingga zaman kini masih ada manusia melebihi 130 tahun dan masih hidup hingga kini yang lahir pada tahun 18++ terutamanya di jepun, dan masih hidup dan waras.

Atas sebab tu, dalam bab bab ilmu hakekat ni perlu dirujuk pada dalil dalil para imam ilmu ilmu hakekat (imam Sufi silam) ... yang menjadi masalah bilamana Pakar Elektronik jika diminta mereka beri pandangan tentang ilmu engine kereta yang bukan "kearifan mereka", maka haru dibuatnya .. dia akan menjawab ikut ilmunya sendiri tapi bukan ilmu dari hal engine yg tiada mereka kuasainya .. haru jawapannya.  :-) kalau tanya geng wahabi, memang apa yang ibnu Taimiyah kata, pada mereka semua betul belaka walaupun fakwanya byk yang menyimpang..

Sama kes hal hakekat Khidir di serahkan ahli "syariat" dalam memberi pandangan dan dalil, maka mereka akan berhujah me dalil mengikut sekadar batas ilmu yang mereka kuasai sahaja (ilmu zahir islam/syariat/fekah/hadis), maka hujah mereka akan berdasarkan ilmu zahir juga yang mereka kuasai.

Padahal hal khidir ni dah termasuk dlm hal hal mencarik adat diluar batasan ilmu zahir syariat agama (halal membunuh budak tak berdosa dll yang tiada hujah ilmu syariat nabi membenarkannya atau menghalalkannya). Maka hal ilmu "hakekat islam" tidak boleh diambil dari hujah ahli syariat semata, hujah khilafnya terlalu banyak ..

.. hal khidir ini, kita dah sedia maklum bahawa ianya dah diceritakan oleh Wali wali silam termasuk di tulis di dalam kitab Syeikh Abdul Kadir Al Jailani dll dan ramai lagi .. menolak kisah khidir dengan alasan "hadis maudhuk", bermakna kita turut menolak sama kisah kisah yang telah ditulis oleh para wali wali silam tentang Khidir ni. Dlm Quranpun ada, tapi kita "menafikan" cerita watak yang sama yang ada di dlm hadis? Padahal apa yang diceritakan hadis tu, terdapat juga di dalam Al quran dan kitab kitab penulisan para Wali Wali silam. (?) cuba memaudhukkan hal yang sahih?

... pertamanya, yang perlu kita fahami, yang membahaskan hal di atas dgn hujah hujah mereka tu berdalil hadis dan nas tu, mereka semua adalah PARA ILMUAN ULAMA ILMU "ZAHIR" SYARIAT YANG TIDAK MENGUASAI KEILMUAN "HAKEKAT" YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN ATAS KHIDIR DAN PADA WALI-WALI "SELEPAS" KHIDIR ..

Moral tujuan utama Allah swt menceritakan kisah Khidir di dalam al-Quran dan hadis Rasul, adalah bertujuan untuk memberitahu "kiasan" buat umat Muhammad yang mempunyai sifat "Sombong Ilmu" (ahli ilmu fekah) agar tidak merasa bangga bongkak sekiranya mereka telah menguasai "KEILMUAN SYARIAT ISLAM" iaitu teguran Allah atas golongan para alim ulama yang telah diangkat sebagai ulama "ILMU SYARIAT" agar mereka tidak mendabik dada dengan ilmu yang telah Allah berikan atas mereka (bongkak seperti Musa) iaitu perbendaharaan ilmu ZAHIR ISLAM SAHAJA, sedangkan ada "suatu lagi" SUATU LAUTAN ILMU YANG "TIDAK" ALLAH KURNIAKAN PADA DIRI MEREKA (ALIM ULAMA ZAHIR "SYARIAT") IAITU KUNCI TERSEMBUNYI KEILMUAN "HAKEKAT" YANG PERNAH ALLAH BERI ATAS DIRI "KHIDIR" DAN "LAIN-LAINNYA". YANG HANYA ALLAH BERI KEPADA PARA WALI-WALI-NYA ..

T e n t a n g - W a r i s a n - K e i l m u a n - K h i d i r ☀
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri (*ahli uzlah hingga tiada seorangpun yang mengenali mereka), jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.” (*ilmu Wali Allah tidak sama dengan ilmu para Ulama Syariat/ahli Fekah) jadi, persoalan ilmu 'hakekat" jangan ditanya kepada ahli ilmu syariat, maka jawapannya nanfi tidak akan selari dengan dengan dunia keilmuan ilmu hakekat. Sebab tu Musa menentang ilmunya Khidir. Inikan pula hal Khidir ditanya kepada "bukan nabi", ibnu Taimiyah pula tu yang memang diketahui sangat anti kisah kisah wali yang banyak diceritakan di dalam kitab kitab Sufi yang dianggapnya semuanya kisah dongeng berjalan atas air, hidupkan org mati, rumah terbakar tapi sang wali tidak terbakar.. semua kisah kisah wali ni dianggap "kisah dusta" kaum sufi ... Ramai yang tak tahu bahawa ibnu taimiyah menolaknya teori karamah wali wali.. apa lagi kisah bertemu roh wali wali .. mereka (wahabi) menolak semuanya hal hal yang mencerik adat.. alasannya, nabi tak ceritapun, al quran tak sebut pun .. :-) itu la modal wahabi dari dulu sampai kini ... "bidaah nabi tak ajarpun!"

.. Keduanya "mana-mana pihak" (sesiapa la) yang meragukan hadis tentang khidir tu (baik wahabi baik sunni)..  dia perlu mengenal nama-mana yang dinyatakan di atas dlm membahaskan dgn dalil TENTANG Khidir di atas tu (*nama-nama ulama yang tuan-tuan ambil hujah & dalilnya di atas) imam Bukhari, ibnu Qayim, Taimiyah dll .. MEREKA SEMUANYA ADALAH PARA ALIM ULAMA "SYARIAT ISLAM" (ahli ilmu zahir) yang tidak Allah kurniakan PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI "ILMU HAKEKAT" atas mereka. Malah keilmuan ibnu Taimiyah adalah "tertolak" dalam mendalilkan hal hal "tertentu" di dalam Islam yang berpegang aqidah Ahlul Sunnah Wal jamaah (ASWJ adalah menolak hujah ibnu Taimiyah dlm soal ilmu aqidah).

.. Ibnu Taimiyah adalah seorang ulama yang sangat lemah dalam bidang keilmuan "kerohanian" (hal ghaib/akalnya tumpul dlm bab ini walaupun arif dlm hal lainnya) hinggakan beliau berfatwa bahawa : "JIN TIDAK BOLEH MERASUK DALAM TUBUH MANUSIA" (??) ternyata fakwanya melesat terlalu jauh dan SANGAT LEMAH dan tertolak. Hari ini terbukti bahawa Jin mampu merasuk dlm tubuh manusia (para ulama tasawuf silam turut menyatakan bahawa jin mampu merasuk tubuh tetapi ditolak oleh ibnu Taimiyah dan qayim).

Jadi jika bab simple inipun beliau "tidak arif" tersasar .. apa lagi dalam persoalan Khidir tentang "dunia ilmu Hakekat" yang bukan jurus bidangnya Ibnu Qayim, ibnu Taimiyah, imam Bukhari (ulama ilmu Hadis/Fekah islam/keahlian ilmu syariat).. maqam mereka semua ini adalah "jauh lebih" rendah dari Nabi Musa as (*iaitu seorang Nabi ilmu Syariat yang telah Gagal menuntut ilmu Hakekat dari Khidir - Musa as adalah mulia di sisi Allah, ... ia adalah Nabi yang fail menuntut ilmu Hakekat, gagal menuntutnya atas sebab sifat sombongnya mendengar nasihat dan "tidak bersabar" dlm menuntut ilmu-ilmu Allah yang tersembunyi yang tidak dikuasainya daripada keilmuan para Wali-Wali Allah - Khidir).

Atas sebab itu, kalau kita ingin ambil sesuatu pandangan, hujah dan "ILMU", pertamanya kita perlu "mengenal" siapa pemilik hujah ilmu tu, dia alim & arif ilmu "syariat" ka (ilmu zahir islam)? atau dia alim & arif dalam bidang ilmu "hakekat" ka (ilmu Batin islam) ??

Kalau macam imam al Ghazali, Imam Junaid, Hasan Al Basri, Ibrahim Adham, Imam Makki, Ibnu Itailah, Imam Sufian ats, syeikh Abdul Kadir dll, kita semua dah tahu, ini alalah imam imamnya kepada ilmu Hekekat tinggi tinggi ..

... jadi kenapa hal hal hakekat tentang "usia khidir" & "masih hidupkah dia?" .."atau dia nabi ke atau wali?" Dll .. tidak kita ambil hujahnya dari imam imam Sufi/Tasawuf yang hidup lebih awal dari imam Bukhari, Qayim, ibnu Taimiyan dll? Kenapa tak dirujuk hal Khidir kepada hujah para ahli tasawuf yang sangat hampir dengan nama khidir ini? Kenapa perlu diambil dari hujah "selepas" zaman para salaf? Hujah dari dalil imam imam rujukan wahabi pula tu :-)

Perbahasan dalil dalil di atas info Copy&Paste tersebut, dapat di "hidu" betapa kuatnya "pengaruh wahabi" di dalamnya (*mungkin dari group ustaz ustaz wahabi yang sangat suka memaudhukkan hadis hadis Rasulullah - hadis daifpun mereka "sangat suka" kategorikan sebagai maudhuk? Inilah perangai jahat wahabi!) .. guna dalil imam imam rujukan kebanggaan wahabi pula tu (Ibnu Taimiyah yang Anti Karamah Wali Wali dan memusuhi imam ilmuTasawuf di zamannya dan anti kisah wali wali yang berjumpa khidir dll).. dah tiada ulama lain kah dari tokoh tokoh ulama sufi di zaman salaf untuk di kutipkan pandangan dan dalil? Kenapa perlu semuanya dirujuk kepada ibnu Qayim dan ibnu Taimiyah sahaja? Islam ni dah tiada ulama lain kah untuk dirujuk? dulu selalu hamba nyatakan di group lain, bahawa misi puak wahabi ini SEMATA-MATA INGIN MENGHANCURKAN SUMBER ILMU PARA WALI-WALI DAN ILMU TASAWUF SERTA MEMUSNAHKAN ILMU HAKEKAT KEROHANIAN ISLAM JA. ITU MISI MEREKA SEJAK DULU LAGI .. dan bab Khidir ini memang sangat "rapat" dengan dengan dunia Sufi dan Tasawuf, maka apa apa yang berkaitan dengan sumber rujukan sufi dan tasawuf silam, maka itulah yang mereka "hentam" dan "ragu-ragukan" umat agar menolak kisah hadis tu walaupun ianya ada termaktub di dalam Al Quran.

Misi jahat wahabi ni... dikemulian hari, misi Anti Tasawuf sufi ini dijadikan "senjata" oleh Yahudi laknatullah melalui Proxynya Wahabi untuk menghancurkan kekuatan kerohanian ilmu tasawuf dan tarekat islam atas sebab yahudi dah lama tahu kekuatan umat islam silam letaknya di dalam ilmu Para Wali ni @ ilmu Sufi & Tasawuf islam).

Mohon tuan-tuan tidak meragui kisah hadis ini walaupun ia dikatakan hadis daif@maudhuk .. hujah-hujah di atas  jika disebarkan akan "menghilangkan" keyakinan umat islam terhadap kisah-kisah yang pernah para wali-wali silam ceritakan. Murid/Salik/Umat awam yang cetek pengetahuannya akan mudah rosak keyakinan mereka terhadap kisah-kisah yang ada tertulis di dalam kitab-kitab penulisan wali wali silam tentang khidir ini. Kisah khidir ni telah diceritakan oleh para aulia Allah di zaman salafussoleh lagi dah ada. Diajarkan kepada murid-murid/salik tentang wujudnya ilmu "zahir" islam dan ilmu "batin" islam berdasarkan kisah pertemuan musa dan Khidir ini.

Ini bukan kisah baru, dan bukan hadis yang baru "direka" tapi telah tertulis riwayatnya di dalam kitab kitab penulisan para imam imam Sufi wali wali silam di zaman salafussoleh lagi! (Perlu diketahui hal ini).

Tapi jika di sebarkan Artikel Ustaz-Ustaz Wahabi di atas (*rajinnya mereka dlm mencari dalil dalil bagi hilangkan keyakinan tentang kisah tu) maka kesannya keyakinan umat "awam" akan hancur atas kerana kita labelkan ianya sebagai kisah-kisah rekaan bersumber dari hadis "Palsu" (???) sedangkan kisah ini ada diceritakan di dalam al-Quran sendiri. Dan hadis tentang khidir itu adalah sebagai pendetailan Rasulullah buat kisah yang termaktub di dalam al-Quran sendiri.

DAN SETIAP APA-APA YANG DICERITAKAN DI DALAM AL-QURAN, PASTI RASULULLAH AKAN MENDETAILKAN KEMBALI DI DALAM HADIS-HADISNYA - ITULAH HADISNYA YANG TELAH KITA BACA TAPI DIKATAKAN OLEH WAHABI iTU ADALAH HADIS MAUDHUK PALSU DAN KISAH DONGENG PARA AHLI SUFI YANG MEMANG DIMUSUHI OLEH WAHABI SEJAK SEKIAN LAMA.

BAB SOLAT, AL QURAN TIDAK MENCERITAKAN SECARA MENDETAIL, CARA BERWUDUK DENGAN LENGKAP, TAPI HADISLAH YANG YANG "MELENGKAPKAN" PENDETAILAN NAS NAS AL QURAN. BEGITU JUGA DENGAN KISAH KHIDIR, IANYA ADALAH KISAH AL QURAN, LALU RASULULLAH SAW MENDETAILKAN DI DALAM HADISNYA YANG "DIKATAKAN PALSU" .. PADAHAL HADIS INU TERTULIS DI DALAM KITAB PARA ULAMA WALI WALI SILAM. MENOLAK HADIS, SAMA LA ERTI MENOLAK KISAHYANG ADA DI DALAM AL QURAN.

KALAU INGIN MENOLAK HADIS RASULULLAH TENTANG KISAH PERTEMUAN KHIDIR ATAS ALASAN HADIS "PALSU" ... MAKA "SEMUA" KISAH KHIDIR DI DALAM AL-QURAN WAJIB "DIBUANG" DITOLAK SEMUANYA .. ATAS SEBAB, JIKA MENIDAK DAN MANAFIKAN HADIS TENTANG KISAH YANG SAMA TENTANG "KHIDIR" ITU DIANGGAP SEBAGAI KISAH DONGENG PALSU ... DENGAN ITU ORANG-ORANG YANG MENGANGGAP "HADIS KHIDIR" TU PALSU, MAKA "DIA" PERLU JUGA ANGGAP NAS-NAS QURAN TENTANG KHIRDIR ADALAH PALSU JUGA SEPERTI MANA "DIA" MENAFIKAN HADIS "KHIDIR" YANG DICERITAKAN RASULULLAH TU, IAITU "WATAK-WATAK" YANG TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN.

Sama juga jika kita jumpa sebuah hadis kurang "sifat" (dianggap hadis maudhuk/palsu) tentang peristiwa Abrahah menyerang kaabah. Tapi atas sebab hadisnya dianggap palsu, maka kita "tolak" kisah hadis tu, yang mana watak & peristiwa tu memang benar wujud termaktub di dalam al-Quran .. bermakna tampa disedari kita turut menolak "kisah" di dalam al-Quran. (Fikirkan)

.. kita anggap kisah dari hadis (tentang abrahah tentera bergajah) adalah kisah "dongeng" PALSU rekaan atas "ALASAN perawi HADIS" lemah meragukan .. jadi kita katakan ia Hadis Palsu (kisah palsu).. tapi padahal "peristiwa" tu JELAS ada di dalam al-Quran. So camana tu? Nabi cerita kisah Khidir yang ada termaktub di dalam al Quran .. tapi dalam masa yang sama kita kata kisah dlm al Quran tu KISAH BETUL tapi apa yang Nabi cerita dalam hadisnya tentang peristiwa yang sama (Khidir), tapi kita kata ITU KISAH PALSU "REKAAN" KISAH TIPU padahal ada di dalam al Quran? Lagu mana tu?

Contoh :  Pemilik Kereta BMW berkata :
"Saya tahu awak naik kereta BMW, tapi atas sebab kereta BMW yang awak naik tu tak sama warna dengan kereta BMW yang baru keluar dari kilang. Maka saya anggap awak "BUKAN NAIK KERETA BMW WALAUPUN SAYA TAHU ITU MEMANG MEREKA BMW!"
(*Tak ke gila namanya nie? :-) Lain lah jika kisah Khidir tu tak pernah langsung disebut dlm Quran.

Sama juga kisah Khidir. Kisahnya diceritakan oleh Wali-Wali Allah silam di dalam kitab kitab penulisan mereka (ini la yang Rasulullah gelar sebagai wali-wali ni Pelita Ilmu yang mengajarkan umat tentang rahsia kisah khidir & musa - ada moralnya) .. jadi dengan menolak hadis-hadis tentang Khidir ini, dengan "sendirinya" SI PENULIS DALIL DALIL ARTIKEL DI ATAS WAJIB JUGA TELAH MENOLAK "KITAB-KITAB" PENULISAN WALI WALI SILAM YANG ADA MENCERITAKAN KISAH KHIDIRNYA (*dia menafikan kisah yg termaktub di dalam al Quran dan di dlm kitab wali2 silam), maka kita dah anggap Wali-wali silam MEMBAWA KISAH HADIS-HADIS PALSU PERTEMUAN MUSA DENGAN KHIDIR AS serta kita dah tuduh wali-wali silam (Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, Ibrahim Adham, Imam Junaid Al-Baghdadi, ibnu Arabi, Sahal Abdullah At Tustari, imam Makki, imam Malik Bin Dinar, Imam Al-Ghazali dll yang pernah menceritakan tentang Khidir ni)

... kita dah anggap bahawa mereka para imam imam Sufi Wali-Wali "SILAM" bercerita berdusta "rekaan" dan meriwayatkan hadis-hadis DUSTA PALSU di dalam kitab-kitab mereka kepada golongan Sufi-Sufi dan awam silam ... Seolahnya ulama-ulama terkemudian lebih bijak & Arif Hakekat daripada para imam imam ilmu (aulia di zaman salaf) sebelum mereka? Di anggap para imam-imam ilmu di zaman Salaf (imam Sufi) adalah jahil ilmu hadis (tak kenal hadis sahih dan hadis maudhuk?) .. yang mana patut kita ikuti? Ikut hujah "alim ulama "akhir zaman" lalu meninggalkan segala hujah para ulama Sufi wali wali silam di zaman salaf?

.. tuduhan artikel di atas adalah sangat berat tuan. Tuan jika nak perpegang dalil dalil di atas tu, tuan terpaksa robohkan banyak "benteng-benteng" dalil dalil kisah para ulama Wali wali silam.

MANA KHIDIR KALAU DIA ADE? AKU NAK BERGURU DENGAN KHIDIR KONONNYA MASIH HIDUP? CISS?

Khidir adalah "salah seorang" wali-wali Pelita Ilmu yang telah gagal nabi Musa ambil ilmunya. Dan keilmuan Khidir tidaklah Allah letakkan atas khidir semata. TAPI KHIDIR SALAH SEORANG "DARINYA" yang dikurniakan Allah dengan ilmu-ilmu tersembunyi("dinamakan hakekat")

.. Malah keilmuan Khidir (ilmu hakikat) telah Allah anugerahkan atas para wali-wali "selepas" wafatnya Rasululullah saw (*Ramai yang tak tahu ni sebab asyik dok tunggu Khidir mai, padahal Allah dah HANTAR KITA RATUSAN "KHIDIR" DAH, Kita ja yang tak nampak sebab gelap hati dalam melihat "Khidir" :-) @ wali-wali Allah yang LEBIH HEBAT dari khidir - masih Tak Lihat ke?)

Melalui kisah khidir tu, Allah cuma ingin memberitahu kita bahawa "Khidir cumalah "salah seorang" yang telah AKU kurniakan ilmu hakekat (batin islam) kepadanya yang tidak AKU letakkan di dalam dada "ahli syariat" yang masih KOTOR HATINYA DENGAN SIFAT-SIFAT TERCELA WARISAN AZAZIL .. (hati kotor, riyak, uljub, menghina, sumaah, mencela, sombong, tidak sabar seperti musa, suka membangkang seperti musa dll)..

Jika Ulama syariat adalah menguasai "segalanya ilmu" (ilmu zahir dan batin kerohanian islam).. maka tidaklah perlu Rasulullah saw bersabda hadis di atas : "tentang wali Allah dan "pelita ilmu" dan mereka adalah para "khalifah" dan imam petunjuk" di mukabumi ...  (ia tidak ditujukan buat ulama.. tapi wali .. "pelita ilmu", imam petunjuk..

*Tiada suatu hadis dan nas pernah menyebut bahawa para Ulama adalah "Khalifah"... pada umumnya semua umat muhammad adalah khalifah bumi. Cuma disebut "Ulama adalah pewaris (ilmu) anbia-nabi. Yang dimaksudkan "pewaris anbia" tu adalah ilmu yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul iaitu ILMU SYARIAT ISLAM (semata@ilmu zahir islam).. Sedangkan ILMU HAKEKAT akan diajari kepada manusia umum oleh PARA WALI-WALI ILMU BATIN ISLAM YANG MENGUASAI PERBENDAHARAAN ILMU HAKEKAT yang sama pernah Allah anugerahkan atas wali-Nya Khidir "DAN LAIN-LAIN-NYA : Hasan al Basri, Malik Bin Dinar, Ibrahim Adham, Syiekh Abdul Kadir, Ibnu Arabi, Imam Al Ghazali dll

.. Setiap zaman dan setiap dekad tahun dunia yang kita lalui ini, ada para wali-wali-Nya yang "ditugaskan" bagi memimpin umat dari "Kesesatan" akhir zaman. Merekalah para IMAM PETUNJUK yang Rasulullah saw katakan sebagai PELITA ILMU dan PARA KHALIFAH BUMI.. itulah "ilmu pengetahuan" yang dikuasai oleh Khidir dll yang memperolehi ilmu yang "diajari" terus dari Allah SWT. Mereka ada ilmu-ilmu dari Allah. Mereka tidak mengajar ilmu-ilmu yang dikutib dari kitab-kitab mcm kita, kecuali Allah memberi dan "mengajari" mereka ilmu mengikut kesesuai zaman yang "mereka pimpini", tempat dan "keadaan" ..

.. Ada masanya ilmu itu dikhususkan untuk kelompok kecil sahaja, dan ada masanya ilmu itu "diturunkan Allah" kedalam dada mereka bagi "mengajar" induvidu tertentu sahaja mengikut apa yang Allah SWT "arahkan" atas mereka sahaja sahaja. Mereka tiada kewajiban untuk menyebarkan ilmu hakekat kepada semua orang awam seperti mana wajibnya para ulama menyebarkan ilmu syariat kepada setiap orang awam..

Ilmu Syariat Musa adalah untuk umum untuk kaumnya yang awam (untuk semua org awam/khusus). Sedangkan ilmu Hakekat (Khidir) adalah ilmu yang khusus untuk sesuatu kaumnya yang khusus. Ahli Syariat tidak akan menerima ilmu ahli Hakekat. Maka ilmu hakekat hanya dikhususkan Allah buat "ahlinya" sahaja.

So, tidak perlu dijawab soalan ustaz wahabi yang menanyakan : "Mana Khidir kalau benar Khidir masih Hidup dan mengapa tidak dia menjelma dan "MENGAJARKAN KITA ILMU BERMANFAAT?"

... jawabkan soalan di atas tu adalah, Kalaupun Khidir a.s bertemu orang yang "bertanya" di atas tu (ahli awam) ... maka "peristiwa" Musa FAIL menuntut ilmu dari Khidir akan "berulang kembali" ... Khidir Ahli hakekat, hanya akan menemui "ahli-Nya" sahaja, dan Allah tidak takdirkan keilmuan Khidir tu "diturunkan" atas bukan ahli-Nya.

Bagaimana mereka nak bertemu Khidir? Sedangkan Hadis tentang Khidirpun awal awal dinafikan?

Hal yang akan berlaku kepada diri kita cuma 3 hal sahaja :

⊙ (1) Dihantar Allah akan Khidir kepada kita untuk mengajari ilmu Hakekat "tertinggi" (high end) "setelah" kita mencapai ketinggan maqam ilmu, iman, takwa, amal dan hatinya pada maqamnya "para wali Allah" (jangan harap la tuh - kirim salam awal awal .. pegi cermin muka sendiri dan telek la hati :-) )

⊙ (2) atau Dihantar Allah akan insan 'pengganti' Khidir kepada diri kita bagi mengajari kita ilmu-ilmu hakekat yang paling "terendah" (paling basic) iaitu jalan-jalan bagi "mencapai" maqam-maqam "Tertinggi" yang akan menyebabkan maqam iman, takwa, amal dan hati kita "menyamai" maqamnya para wali-wali Allah, iaitu syarat "asas" untuk bertemu dengan khidir :-) ..

... tapi jika Hati masih tercela, aqidah masih dikotori fahaman wahabi, keyakinan pada hadis nabipun "meragukan"(padahal wali silam tak meraguipun hadis tu) maka camanalah Khidir nak jumpa orang yang "tercela" & tak berqualiti ni pada pandangan Allah? Adakah Allah akan mengirim Khidir para orang yang rosak hatinya (bongkak ilmu) sepertinya hati Musa? Allah cuma mencari para hamba-Nya berquality "tinggi" sepertinya hati Uwais Al-Qarni ...

⊙ (3) atau..  Dihantar Allah akan insan "pengganti Azazil" kepada kita bagi "mengajari" kita ilmu BATIL MERAGUKAN IMAN yang akan menyebabkan kita DIJAUHKAN oleh Allah dari maqam-maqam para Wali-Wali Allah yang tinggi hingga kita menemui jalan-jalan KESESATAN (*anasir wahabi yang meracui fikiran kita) hingga menyebabkan kita menjadi SESAT DI DALAM CAHAYA-NYA. SESAT SETELAH MENDAPAT "PETUNJUK". Itulah yang kita kuatiri.

Yang (1) jangan harap. Yang no (2) in sya Allan. Dan Yang no (3) minta dijauhkan dan berlindung kita dari kesesatan atas sebab lemahnya daya keyakinan kita dalam berpegang kepada nasihat wali wali-Nya yang silam. Ini adalah zaman "kerosakan" .. ilmu silam akan dinafikan, para wali silam juga akan dinafikan, kebenaran silam akan turut dinafikan .. hingga datangnya "kejahilan" dari orang-orang JAHIL yang telah hilangnya keyakinan mereka terhadap "anugerah-anugerah Allah" atas Generasi Silam Awalan 300 Hijrah dimana zamannya ilmu para Wali-Wali Allah mula bertebaran di atas bumi Allah ini.

"Termasuk dianggap wali wali kecil sesiapa yang membenarkan ilmu para wali Allah".. (iaitu ilmu khidir)

..  SESIAPA YANG MEMUSUHI WALI-WALI-KU, NESCAYA AKU ISTIHARKAN PERANG ATAS DIRI MEREKA!" (TERMASUKLAH MEMBENCI ILMU-ILMU PARA WALI IAITU ILMU YANG MENYEBABKAN SESEORANG INSAN LEBIH DEKAT & LEBIH KENAL DENGAN DIRI-NYA.)

"HANYA WALI SAHAJA YANG AKAN MENGAJARKAN ILMU PARA WALI KEPADA PARA WALI-WALI-NYA. HANYA WALI-WALI YANG MENGENAL WALI-WALI-NYA. ORANG YANG TIDAK MENGENAL KHIDIR BERERTI DIA TIDAK MENGENAL WALI. ORANG YANG TIDAK MENGENAL WALI MAKA DIA TIDAK AKAN MENGENAL KHIDIR (ILMU).

♨MENJAWAB DALIL DI ATAS BAHAWA KHIDIR "BUKAN WALI?"

SETIAP RASUL ADALAH NABI..
SETIAP NABI ADALAH WALI ..
TAPI SETIAP WALI BELUM TENTU DIA NABI.
DAN SETIAP NABI BELUM TENTU DIA RASUL.

PINTU NABI DAN RASUL TELAH TERTUTUP..
TAPI PINTU WALI DIBUKAKAN ALLAH HINGGA KIAMAT.
JIKA ALLAH PUPUS PARA WALI DIPERTENGAHAN ZAMAN, MAKA BUTA'LAH UMAT DUNIA KEPADA TUHAN-NYA HINGGA KIAMAT!

MAKA ALLAH TETAP KEKALKAN WALI-WALI-NYA SILIH BERGANTI AGAR ILMU "MENGENAL TUHAN" TIDAK AKAN MATI DARI HATI-HATI PARA HAMBA-NYA.

ALLAH TIDAK AKAN MEMBIARKAN PARA HAMBA-HAMBA-NYA BUTA TUHAN. KHIDIR ADALAH SALAH SEORANG DARI WALI-WALI-NYA YANG DIKURNIAKAN ILMU PENGETAHUAN YANG DIAJARKAN TUHAN KEPADA-NYA.

DICERITAKAN ALLAH TENTANG KHIDIR KEPADAMU AGAR KAMU "MEMBENARKAN" ILMU KHIDIR AGAR ORANG-ORANG SOMBONG ILMU TIDAK MERASA ANGKUH DIRI ATAS ILMU-ILMU YANG TELAH MEREKA "KUASAI" DARI KITAB-KITAB MATI..

SESUNGGUHNYA, JIKA KAMU TELAH MERASA LEBIH "BIJAK", KETAHUILAH BAHAWA ADA YANG LEBIH BIJAK DARI ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH KAMU KUASAI. ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG SOMBONG ATAS HARTA "PINJAMAN-NYA"(ILMU PENGETAHUAN DARI PINJAMAN-NYA).

SETIAP WALI ADALAH PELITA ILMU DAN PARA IMAM-IMAM PETUNJUK, MEREKA ADALAH PARA KHALIFAH DI SISI ALLAH DI ATAS MUKABUMI INI SEBAGAI PENGGANTI DIRI BAGI NABI-NABI ALLAH SWT SETELAH TERTUTUPNYA PINTU-PINTU KENABIAN DAN KERASULAN.

TERTUTUPNYA PINTU-PINTU "KENABIAN" ATAS DIRI SETIAP WALI-WALI DI AKHIR ZAMAN ATAS KERANA KERASULAN MUHAMMAD TELAH "MENYEMPURNAKAN" KESEMUANYA HUKUM-HUKUM AGAMA SAMAWI PADA ZAMAN SILAM DI DALAM "SYARIAT-NYA MUHAMMAD" PENUTUP PARA NABI DAN RASUL. "SYARIAT" AGAMA TELAH "SEMPURNA" DITANGAN "MUHAMMAD SAW" ..

TETAPI SEKIRA-NYA "SYARIAT" YANG DIBAWA MUHAMMAD BELUM "SEMPURNA" MAKA ALLAH AKAN "MELANTIK" NABI NABI "BARU" DI KALANGAN PARA WALI-WALI-NYA "TERPILIH" BAGI MENYEMPURNAKAN SYARIAT YANG BELUM DISEMPURNAKAN OLEH MUHAMMAD - "TETAPI" MUHAMMAD SAW TELAH "MENYEMPURNAKAN" SEMUANYA, MAKA ALLAHPUN MENUTUP RAPAT PINTU SYARIAT KENABIAN DAN KERASULAN. TIADA LAGI NABI YANG AKAN MEMBAWA SYARIAT AGAMA.

TETAPI DI DALAM KEILMUAN "HAKEKAT" MEMPERKENALKAN UMAT KEPADA TUHAN-NYA (PENGHUJUNGNYA CINTA ALLAH IAITU MAQAM KESEMPURNAAN IMAN BAGI SESEORANG MUSLIM), "AMANAH" TERTINGGI INI MASIH BELUM SEMPURNA ATAS PARA HAMBA-HAMBA-NYA YANG MASIH BUTA TUHAN. MAKA TUGAS "BERAT" INI ALLAH "AMANAHKAN" KEPADA PARA WALI-WALI-NYA SILAM UNTUK "MENJALANKAN TUGAS" MEREKA ATAS PARA HAMBA-HAMBA-NYA AGAR PARA HAMBA-HAMBA-NYA KENAL KEPADA TUHAN YANG MEREKA SEMBAH ITU.

MAKA PINTU KEWALIAN TIDAK AKAN ALLAH TUTUP HINGGA NABI ISA A.S (BAPA ILMU KEROHANIAN SEBELUM MUHAMMAD) AKAN "MENGAMBIL ALIH" TUGASAN MENDIDIK UMAT AKHIR ZAMAN TENTANG "MAKRIFATULLAH" ...

MASIH INGATKAH KAMU TENTANG KISAH NABI ISA MEMINTA DARIPADA ALLAH SWT "CINTA-NYA"(MENCINTAI ALLAH) SEBESAR HATI KUMAN? MAKA "HAJAT" ISA ITU TELAH ALLAH MAKBULKAN! MAKA DI PENGHUJUNG ZAMAN NANTI ISA AKAN MENGAJARKAN PARA UMAT KRISTIAN (DLL) YANG DISESATKAN DAHULU TENTANG "TUHAN" YANG SEBENAR YANG WAJIB MEREKA SEMBAH DAN MENGAJAK MEREKA KEPADA SYARIAT MUHAMMAD YANG PERNAH DITURUNKAN ATAS DIRI ISA A.S (INJIL) TETAPI TELAH GAGAL ISA "SEMPURNAKAN" AMANAH SYARIAT ITU .. TETAPI RASULULLAH SAW TELAH MENYEMPURNAKAN KESEMUANYA. MAKA ISA TIDAK AKAN MEMBAWA SYARIAT BARU. ISA AKAN MENDIDIK UMAT DI PENHUJUNG ZAMAN DENGAN ILMU "CINTA ALLAH" YANG TELAH ALLAH "KURNIAKAN" KEPADA-NYA DAN NABI/RASUL/WALI-WALI-NYA DAHULU. AJARANNYA TETAP SAMA, MENTAATI ALLAH DI DALAM KECINTAAT KEPADA-NYA SEPENUH JIWA DAN RAGA TAMPA MENSYIRIKKAN ALLAH DENGAN SESUATU APAPUN PADA ALAM INI.

MALANGNYA, ADANYA UMAT PADA ZAMAN INI YANG HATINYA MENCINTAI ISTERI DAN SUAMINYA MELEBIHI DARI ALLAH TAALA SENDIRI. JASAD KAMU MENYEMBAH ALLAH, TETAPI HATI KAMU "MEMUJA" SELAIN DARIPADA ALLAH SWT! HATI KAMU SYIRIK TERSEMBUNYI BILAMANA "MAKHLUK" LEBIH KAMU CINTAI DARIPADA ALLAH SWT SENDIRI! ITULAH FUNSINYA ILMU KHIDIR (ILMU HAKEKAT KEROHANIAN).

HADIRNYA KHIDIR TIDAKLAH PENTING .. TETAPI YANG PENTING ADALAH ILMU KHIDIR ITU, IAITU MENCAPAI HAKEKAT ILMU MELALUI ILMU MAKRIFATULLAH, YANG WAJIB KITA PELAJARI DAN TIMBA AIR-NYA DARI SUMBER TELAGA-TELAGA-NYA DAN DARI ALLAH SENDIRI (LADUNI)

.. ATAS KERANA, ALLAH LAH SEBAIK-BAIK GURU YANG TERBAIK DARI SEKALIAN MURSYID WALI-WALI, DAN ALLAH LAH WALI-WALI BUAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADA-NYA. WALLAHU'ALAM - WASSALAM.

"i l m u - A l l a h - m e l a r u t - d i - d l m - i l m u - s u f i"
S u f i - m e m b a w a - e r t i - S U C I ...
S e s i a p a - y a n g - s u c i - h a t i n y a ..
M a k a - i l m u - A l l a h - a d a l a h - m i l i k n y a ..


m a a f - j i ka - t e r s a l a h - d a l a m -  m e n y a t a ⊙
S e k a d a r - m e m b e r i - p a n d a n g a n ⊙ abuya.

No comments:

Post a Comment