Wednesday, 29 July 2015

Tazkirah


KENAPA KITA DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Diriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa ada seorang lelaki mendatangi Nabi salalahualaihiwassalam dan mengadu tentang hatinya yang keras lalu baginda salallahualaihiwassalam pun pernah bersabda; اﻟﻴﺘﻴﻢ أرﺣﻢ ﺣﺎﺟﺘﻚ وﺗﺪرك ﻗﻠﺒﻚ ﻳﻠﻴﻦ أن أﺗﺤﺐ وﺗﺪرك ﻗﻠﺒﻚ ﻳﻠﻦ ﻃﻌﺎﻣﻚ ﻣﻦ وأﻃﻌﻤﻪ رأﺳﻪ واﻣﺴﺢ ﺣﺎﺟﺘﻚ
'Adakah kamu suka supaya hatimu menjadi lembut dan hajat kamu dapat dicapai? Maka sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka dan berikanlah mereka makan daripada makanan kamu nescaya hati kamu akan menjadi lembut dan hajat kamu akan dapat dicapai.' [Riwayat Al-Tabarani, disahihkan oleh Syeikh Albani]
# Kerasnya hati adalah petanda ditariknya nikmat dan rahmat kerana Allah SWT telah berfirman; ﺿَﻼَلٍ ﻓِﻲ َ أُوﻟَٰﺌِﻚ ۚ ِ اﻟﻠﱠﻪ ِ ذِﻛْﺮ ْ ﻣِﻦ ْ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢ ِ ﻟِﻠْﻘَﺎﺳِﻴَﺔ ٌ ﻓَﻮَﻳْﻞ ﻣُﺒِﻴﻦٍ
"Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar:22]


Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata wajahnya!

— Sayyidina Umar Al-Khattab

Demikianlah juga pada tulisanmu. Jernih hatimu, jernih pula tulisanmu!

Sebagaimana lisan itu rahsia hati. Demikianlah pula tulisanmu. Justeru, luruskanlah hatimu agar lurus pula perkataan dan tulisanmu, Insya-Allah


No comments:

Post a Comment