Sunday, 26 July 2015

Tasawuf cinta sufi


💕 DIMANA CINTAKU PADAMU💕...
Janganlah engkau hidup untuk memuaskan jiwa manusia. Engkau tidak akan dapat sempurnakannya, malah kecewa di penghujungnya.
Hiduplah untuk kebahagiaan diri sendiri dengan membangunkan sebuah cinta agung, cinta Allah dan Rasulullah.
Para sahabat radiyallahu anhum mencari cinta dengan menjadikan diri dan keluarga mereka sebagai tebusan kepada Baginda salallahu alaihi wasallam.
 Antaranya ialah:
 -Syeikh Abdul Kadir Jailani mencari cinta selama 20 tahun di dalam hutan yang sepi.
-Syeikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan istananya.
 -Syeikh Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan salji yang menggigil.
-Syeikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang.
-Syeikh Hassan asy-Syazili mencari cinta dalam mujahadah syukur.
-Rabi'ah 'Adawiyah mencari cinta dengan berlapar dan berjaga malam.
-Imam AlGhazali mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda, berkelana, menyepi jauh di sudut masjid dan menulis kitab.
-Syeikh Junaid AlBaghdadi mencari cinta dengan sedekah, makan bersama kucing dan bertafakur sepanjang malam.
-Syeikh Ahmad AlQusyasyi mencari cinta dengan mengerakkan dakwah di nusantara.
-Syeikh Muhammad AlBaghdadi mencari cinta dengan mengembara membawa risalah Islam di bumi penyembah berhala.
Para pengembara cinta ini melalui pelbagai jalan. Merekalah pengembara cinta sebenar, mereka hidup untuk cinta dalam diri mereka, yakni Tuhan..bukan mencari cinta sesiapa.

No comments:

Post a Comment