Strategi Penipu Jujur
=================
=================
Saya menjual satu harta dengan harga RM100,000 yang mana harga harta itu sebenarnya RM400,000 yang akan saya adakan, tetapi syaratnya Saya akan bagi harta itu kepada pembeli selepas tempoh 48 bulan. Pembeli harus membayar terlebih dahulu tunai RM100,000 tersebut dan dalam masa yang sama saya hadiahkan cash money RM250 sebulan kepada pembeli selama tempoh menunggu 48 bulan.
1. Saya target menjual unit bayangan ini kepada 100 orang. So Saya akan perolehi kekuatan cash RM100,000 x 100 = RM10,000,000 di awal penjualan.
2. Dengan RM10,000,000 tadi Saya ada Byk pilihan untuk buat investment seperti share trading, hartanah, emas dll. Tapi Saya nak letak pada satu tempat yang mana risikonya paling rendah, contoh Tabung H.
3. Untuk membayar saguhati bulanan RM250 selama 48 bulan kepada 100 orang peserta , Saya perlukan RM1,200,000. Ini bermakna Saya perlukan RM25,000 setiap bulan untuk membayar saguhati. RM1,200,000 Saya ketepikan dalam satu akaun. Duit ini yang Akan Saya gunakan untuk bayar saguhati selama tempoh 48 bulan tersebut.
4. Baki RM8,800,000 Saya letak dalam akaun Tabung H yang saya akan perolehi pulangan 6% setahun. Dengan dividend compounding selama 4 tahun @ 48 bulan, Saya Akan perolehi keuntungan bersih dari dividend RM2,300,000.
5. Bila cukup tempoh 48 bulan, semua 100 pelanggan akan menuntut Hak mereka iaitu harta yang dijanjikan 4 tahun lepas.
6. Masa ni Saya declare projek Saya mengalami masalah dan kerugian besar dan tidak mampu mengadakan harta tersebut seperti yang dijanjikan.
7. Waktu ini pelanggan-pelanggan akan mula marah dan rasa ditipu , orang yang rasa ditipu biasanya mereka mahu modal mereka dikembalikan. Masa ni Saya Minta tempoh 2 atau 3 bulan untuk selesaikan cari duit bagi memulangkan baki modal para peserta.
8. 48 bulan pertama tadi saya dah bagi mereka yang seramai 100 orang tadi RM1,200,000 saguhati. Maknanya saya berhutang lagi dengan mereka RM8,800,000.
9. Dalam akaun tabung H saya sekarang ada RM11,100,000 termasuk dividend compounding. Jadi Saya keluarkan RM8,800,000 Dari akaun Tabung H untuk pulangkan baki pelaburan 100 peserta tersebut.
10. Waktu ini semua peserta menyanjung Saya sebagai seorang yang sangat jujur dan amanah, walaupon mengalami kerugian teruk tetapi berusaha keras dan berjaya memulangkan duit para peserta. Saya pon tersenyum bangga dengan compliments yang saya dapat tidak putus-putus dan berjaya memulihkan Nama, maruah dan kredibiliti saya. Nama saya bersih.
11. Saya tersenyum sinis dengan duit baki yang ada dalam akaun Tabung H ada sebanyak RM2,300,000😏 . Kalau saja nak kumpul 4 tahun ni Saya kena simpan lebih kurang RM47,000 sebulan. Gila!! Gaji Saya baru RM1,500 , Boleh simpan RM47,000 sebulan. Mudahnya Saya perbodohkan orang. Hahahahaha. 😂😈😂😈(Gelak jahat sambil baring Kat kerusi boss macam dalam cerita 'Sinetron')
12. Saya boleh ulangi cara licik ini beberapa tahun akan datang Tapi syaratnya cuma buat jangan lebih 3 kali macam nasihat P.Ramlee (Chief penyamun) kepada Ibrahim pendek (sarjan) dalam cerita 'Ali Baba & 40 penyamun'.
❌ cerita ini untuk menjadi alert kepada orang ramai supaya tahu kaedah penipuan dilakukan supaya tidak mudah tertipu. Bukan belajar jadi penipu.
❌ cukuplah bangsaku, sampai bila asyik nak kena tipu, Dan yang paling sedih yang menipu itu pon kebanyakannya bangsaku sendiri.
-KEY-
-Gambar sekadar hiasan, minat dengan design ni, Ada kontraktor Boleh bagi quotation RM200K?😁-
No comments:
Post a Comment