Wednesday, 29 July 2015

Kisah teladan


Kisah Sayyidah Nafisah.

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w.

Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.

Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan
dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah.

Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan
suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh.

Suatu hari si ibu hendak pergi ke satu tempat,
sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu si ibu
mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Si anak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang
sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah
Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat
meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.

Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak
wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik
dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu
Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.

Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang
telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu
menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah
Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu
mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia
mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata:

"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah
dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah
Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi
tersebut.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu
kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka
kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat
menyentuh perasaan bagaimana dengan air
wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain.

Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak
1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak
diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya
disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya
sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian.

Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk
dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal
dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya
kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi [truncated by WhatsApp]

No comments:

Post a Comment