Sunday, 5 July 2015
Tasawuf guru
Mati seorang guru itu tidak putus sanad thariqatnya, yg terputus hanya bimbingan guru.
Bagi murid yg belum wasil dikehendaki mencari guru pengganti uvntuk membimbingnya sehingga ia wasil atau mati.
Adapun guru Mursyid yg sebenar adalah orang yg dilantik oleh Allah dan syarat guru Mursyid adalah wasil.
Tetapi rahmat Allah amat luas dan janganlah disempitkan. Allah membimbing sesiapa yg dikehendaki kepadaNya.
Bergantunglah kepada Allah dan carilah guru Mursyid yg sebenar daripada Allah.
Jalan menuju kepada Allah sebanyak nafas makhluk. Adapun jalan yg kebiasaan itu adalah salik dan majzub, arti salik bawah pimpinan guru dan arti majzub itu tarikan Allah.
Orang majzub tidak rugi sekali-kali kerana ia dibimbing okeh Allah dengan kurnia dan anugerahNya.
Berjalanlah dijalan masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan jalan Nabi Muhammad S.A.W.
Mohonlah petunjuk dan bantuan Allah, pada hakikatnya Allah-lah yg membimbingmu jikalau engkau mendapat rahmat Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment