Saturday, 4 July 2015
Nasihat
Asal Usul Iblis Syaitan...
Holier-than-thou
Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..
Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..
Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..
Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..
Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..
Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang vbesar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..
moga BERMANFAAT..
~♡Sharing is Jariah♡~
Nauzubillah...
Pantonn rayaa
..🍌
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji atas peti
Hutang negara rakyat bayar
Kena kerja sampai mati
😙Baju melayu kain sampin
Baju kurung warna warni
Rosak negara krn pemimpin
Rosak pemimpin krn bini
😜Baju raya warna warni
Blh dipakai bertukar ganti
Rosak pemimpin krn bini
Merana rakyat krn GST
😂Jalan ke rumah saudara mara
Dengan membawa juadah berbuka
Apa kata menteri kita?
Tak suka jangan duk malaysia
😝Kuih raya buat sendiri
Buat dgn tepung GST
Hari hari bayar GST
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Petang semalam 03/07/15, gua dijemput oleh Jawatankuasa Bantuan Banjir Aring 2, Gua Musang, Kelantan. Bagi menyaksikan sendiri kehidupan mereka yang hampir setahun menjadi mangsa banjir. Turut serta ialah PASMA, HAK, DH dan GIK.
Lebih kurang 30 khemah penduduk pada petang itu dipukul hujan dan ribut. Koyak, pokok tumbang dan basah. Seorang bayi berusia 40 hari dilarikan bersama ibunya ke bangsal utama (video diambil pendek kerana jimat kuota penonton. Video bayi diambil berasingan dan akan disebar melalui wasap kerana FB tidak boleh letak 2 video.)
Untuk bersama menghulurkan bantuan, boleh menghubungi :
1. Cg Yuganu: 019 911 1059
2. Dr Ariffin Nor: 0199588974.
3. Cikgu Mahmud Jaafar, Bendahari: 0199865746.
4. Pengurus ROYALTI, Puja Fuzaimah 0145295337
p/s: Selemah-lemah bantuan, tolonglah tekan butang SHARE, moga sampai ke penderma budiman. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment