Wahai hambaKU! Cukuplah AKU bagimu, AKU-lah sebaik-baik teman sekedudukanmu.
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(Al-Ghaasyiyah 88:21)
sibuk dengn tauhid sehingga menjadi jabariah adalah sesat dan sibuk dengn ALLAH sehingga menjadi hambaNYA yg sebenar adalah benar dan dituntut oleh ALLAH.
ramai org yg mendakwa mereka mendapat tauhid tapi hakikatnya mereka masih dalam tipu daya syaitan dan nafsu kerana jatuh menjadi jabariah,alamatnya adalah hati mereka tidak disucikan oleh ALLAH dari sifat mazmumah.
ulamak tasawuf ada menyebut,org yg benar pda perjalanannya adalah mereka yg dapat menunaikan hak sebagai hamba dan hak tuhannya...mudah2an dirahmati ALLAH..amin
"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya."
(Surah Al Kahfi ayat 110).
No comments:
Post a Comment