Monday, 1 June 2015
Syaaban dalil
Nisfu Sya'aban. Apa kata para ustaz?
1. Ustaz Azhar Idrus:
"Tidak disebut malam Nisfu Sya'aban baca Ya Sin. Tak ada nas. Takdok belaka (tak ada dalil). Boleh buat tak (baca Ya Sin)? Ikut pandailah nak buat apa pun. Asal segala kebajikan boleh belaka (boleh pahala dan ganjaran). Bawa datanglah kitab hadis mana pun, tidak disebut suruh baca Ya Sin, tazkirah, ceramah, suruh sembahyang, puasa. Tidak disebut."
2. Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
"Orang kita sedikit over dalam bab Nisfu Sya'aban. Melebihkannya melebihi dari amalan solat berjemaah. Sedangkan pahala solat jemaah itu besar. Padahal pahala tahajjud pun besar juga. Tapi, orang kita tak pula bersungguh. Tak tahu kerana apa kita tinggalkan tahajjud sedangkan pahalanya besar, yang diutamakan pula adalah Nisfu Sya'aban.
Hadis mengenai Nisfu Sya'aban tidaklah begitu kuat. Namun, ianya memang mempunyai fadilat tersendiri. Amalan sukarela, sunat."
3. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri:
Imam Syafi'i Rahimahullah menyebut,
"Telah sampai kepada kita bahawa doa telah dimustajab pada 5 malam; malam Jumaat, malam dua hari raya (Aidilfiri dan Aidiladha), malam awal Rejab, dan malam Nisfu Sya'aban."
Dan beliau menyatakan,
"Aku amat suka, cenderung dengan apa yang aku hikayatkan pada malam-malam tersebut ini." Jadi, daripada kenyataan ini, jelas menunjukkan pada kita bahawa malam Nisfu Sya'aban ini boleh diamalkan.
Beberapa perkara yang jangan dilakukan oleh kita:-
- Jangan kita beri'tikad inilah amalan yang Nabi lakukan. Tidak ada nas yang sahih dan sorih mengenainya.
- Jangan kita kata pada malam tersebut, ada solat khas misalnya ada namanya solat al-Gharaib dll. Imam Nawawi berkata, "Ini adalah bid'atun munkarah (bid'ah yang diingkarkan)". Tak ada solat khas. Kalau ada, itu tak betul.
Yang sepatutnya adalah, kita mendirikan malam. Kita bukan sekadar baca Ya Sin, kita juga baca ayat al-Quran yang lain, kita juga berzikir, kita juga belajar ilmu dalam majlis ilmu, kita juga banyak berdoa, banyak bertaubat pada Allah, menghidupkan malam (bangun malam), maka cara macam ini tidaklah menjadi kesalahan. Bahkan nas Imam Syafi'i tadi seolah-olah menggambarkan galakan dan harapan. Yang sepatutnya, inilah yang sewajarnya kita lakukan."
--
Selamat beribadat. Doakanlah yang terbaik untuk diri dan agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment