Sunday, 19 April 2015

Tarekat


🔱ASAS MENGENAL ALLAH DENGAN ALLAH🔱
(Tazkirah Tentang Penyucian Hati Agar Tidak Buta)                                        
⚪ Bismillah - Sebaik-baik "Mengenal" adalah "diperkenalkan" oleh diri-Nya "sendiri" sebagaimana ditarik-Nya Ibrahim Adham dan Malik Bin Dinar. Ada juga yang "Mengenal-Nya" melalui penggalian ilmu-Nya yang "bertebaran" sebagaimana Hassan Al-Basri (berguru dengan Huzaifah Al        Yamani r.a), Al-Ghazali (berguru dengan muslim & kafir), Al Hallaj (berguru dengan isi alam) dsb...                            

⚪ Hasilnya semua mereka ini telah mencapai dan "sampai" kepada hakekat "mengenal" (makrifatullah) ... dan "hakekat mengenal" penghujungnya adalah "Cinta Allah" ... mereka semua telah diwafatkan Allah dalam "mahabah" kepada-Nya dengan Hakekat Kecintaan yang sebenar-benarnya "CINTA"    ..

⚪ Ada manusia yang "bergantung" hati kepada amal solehnya (zikir, solat, ibadah sunat) untuk "sampai" kepada-Nya .. sebenarnya Insan yang seperti "tidak akan disampaikan" Allah atas kerana DIA MASIH BERGANTUNG KEPADA "SELAIN ALLAH" UNTUK SAMPAI. Allah akan menolak ibadah seperti ini.

⚪ Sikap ini samalah seperti klta ingin "memikat" GADIS TERCANTIK di alam ini dengan "MENGUMPAN-NYA" dengan duit dan harta kekayaan kita(*perumpamaan amal soleh) agar "si-gadis" tercantik (*Allah dengan Keindahan-Nya yang Tiada Tandingannya) jatuh cinta kepada kita? Apakah kamu FIKIR "CINTA" DARI ALLAH ITU SEMURAH "AMAL SOLEHMU yang penuh diselaputi hal hal tercela tu?

⚪ Cinta Allah tidak semurah itu dan Allah tidak boleh diumpan-umpan dengan amal. Jangan sesekali bergantung kepada "amal" agar diupah Allah dengan maqam  "Cinta-Nya".

⚪ Insan yang "sampai" itu tidaklah "mereka" pernah bergantung hati kepada amalnya ... amal soleh yang dikerjakannya penuh IKLAS dan "SUCI BERSIH" tampa adanya sebarang niat ("dinawaitukan" ) untuk dikurniakan dengan sebarang "Maqam Kesampaikan" kepada makrifatullah tersebut (Hakikat Cinta Allah) hingga hilang pada permukaan hatinya "SELAIN DARI ALLAH" ...

⚪ Selagi Hati masih mempunyai "ruang" dalam "memandang" (*selain Tuhan), maka amal soleh dan ibadah yang dikerjakannya akan "selalu" dicemari dengan kekotoran noda tercela, sebagaimana baju baru bewarna "putih"(amal soleh) yang terpercik dengan lumpur basah. Lalu "Baju Putih" tersebut kamu hadiahkan kepada Allah SWT dengan "pengharapan" diberi-Nya kurniaan CINTA permata Para Wali silam.. Adakah kamu fikir Allah mahu menerima "hadiah berlumpur" tersebut? (fahaminya). Atas kerana itulah Wali-Wali silam menasihati umat manusia : Jangan bergantung hati kepada amal soleh dalam menuju-Nya ...

⚪ Jangan sesekali menoleh kiri dan kanan (*makhluk selain dari Allah) saat dalam menuju-Nya, kerana setiap sesuatu "selain Allah" itu adalah "Ujian-Nya" untuk menguji sejauh mana kamu bisa berlepas diri dalam "memandang" SELAIN DARI DIRI-NYA.

⚪ Mencela dengan hati itu adalah racun-racun qalbu Wali-wali silam yang merosakkan amal soleh dan perjalanan menuju Tuhan ... IKLASKAN amal dan belajarlah "CINTA" kepada-Nya dengan tampa "diumpan-umpan" Allah dengan sebarang "amal" ....

⚪ IKLAS itulah KUNCI CINTA Allah,     sedangkan "amal soleh" tu cumalah TOMBOL PEMBUKA PINTU ... Tombol tampa Kunci, (amal tampa Iklas) Pintu    Cinta-Nya Gagal dibuka. Dan Kunci tampa Tombol (Iklas tampa amal soleh),  pintu Cinta-Nya Gagal juga dibuka.

⚪ Maka hal yang perlu ada buat setiap Salik adalah :  makrifat, ilmu, amal soleh, iklas, sungai hati yg bersih = Jika sempurna ini .... Barulah Allah menuangkan "Air Ketuhanan   (Cinta Allah) kedalam hati salik yang "dikehendaki-Nya". Siapa yang bergantung kepada "amal soleh" dalam mengejar "Anugerah-Nya, dalam masa yang sama "hatinya" masih "memandang" makhluk-Nya. Ini adalah "petanda" kejahilan diri dalam "Pengembaraan" menuju Tuhan. Dia akan "tersesat" dengan amalnya, jauh sekali untuk "sampai" ...

⚪ Tanda awal dia mengenal-Nya, telah dapat "merasai" Cantik-Nya Allah ... hatinya mula "merindui" akan WAJAH -NYA ... Saat dia menyembah Tuhan, dia menyembah dengan "rasa kelazatan" hasil dari "percikkan" Kecantikkan Wajah Tuhan yang mula membayangi hatinya.

⚪ Setiap kali dia  melihat Cantiknya Insan, "rasa lazat" dalam memandang "Cantik" tersebut dikembalikannya kepada Wajah-Allah (Jamal) ... Setiap kali dia terpandang Cantiknya Insan, "Rasa Rindunya" kepada Wajah-Allah semakin "bertambah indah" ....

⚪ Setiap kali dia mendengar "Lunaknya" Suara Insan, Kelunakkan suara tersebut akan "dikembalikannya" kepada Allah...

⚪ Setiap kali tercium wanginya Insan, mewangi  Tuhan juga yang terbayang.... Dari Rindu akan Bertukar Cinta ...                                                            
⚪ Ini proses awalannya (Kesan dari "Mengenal" yang melahirkan bibit-bibit Rindu Ketuhanan) .... yang belum "lagi" mendapat "Balasan" Cintanya oleh Allah SWT .... (*jika Allah balas Cinta seseorang Salik, kesannya lebih ungul).

⚪ Segala yang dijelaskan di atas adalah "Keilmuan silam" yang sudah "Hilang" dari umat muslim hari ni ... Ilmu yang sudah "berkubur" sejak 200 tahun silam. Galilah kembali ilmu silam melalui hati yang bersih dan pencarian ilmu dari kitab kitab tinggalan para wali dan Allah sendiri (Laduni) - Jangan sesekali mencela mempeleceh ilmu dari kitab) ..

 🍀 Penutup  : Mohonlah kepada-Nya agar diperkenalkan-Nya. Jika Dia memperkenalkan Diri-Nya sendiri kepada kita - maka akan  "merasa" tampa perlu "mencerita." Cerita takkan sama dengan "merasa". Jika cerita tentang "rasa" ... orang akan ketawa, dikata "berdusta" belum "merasa". Padahal mencerita tentang "rasa" ... agar sama-masa "merasa" ... walaupun "takkan sama" dengan yang telah "melihat" dengan yang hanya sekadar "merasa"..

🍀"Merasa" itu anugerah-Nya. Tapi "melihat" itu Rahmat-Nya. Ramai orang mampu "merasa" tapi tidak ramai orang yang mampu "melihat". Melihat Allah dengan "mata hati" takkan sama dengan hanya "merasa" ... atas kerana mata hati funsi utamanya lebih kepada "melihat" daripada "merasa" :)

🍀 Manusia itu akan "memusuhi"(membangkang) dengan apa yang dia belum mengetahui. Dia ingin mata hatinya celek dalam "melihat" ... tapi dia tidak berusaha untuk membersihkan permukaan hatinya agar "Celik Tuhan" dalam melihat. Jagailah "Sungai" Hati Kerana Di Situlah Duduknya Mata Penglihatan Tuhan. Allah menjauh pada mata hati yang buta (Buta kerana hati masih kotor "tercela" noda). wallahu'alam.🔱

🌺Note : Racun Ilmu Itu Adalah Riak Dalam Uljub Penyampaian - Sedangkan Menyampaikan Ilmu Itu Adalah Wajib Hukumnya. Jika Ditinggalkan, Bermakna Celaka. Diam Ilmu Tidak Akan Membuatkan Kamu "Lebih Selamat" .. Kerana Kamu Akan Ditanya Allah Atas Setiap Apa Yang Kamu "Sembunyikan" Dari Pengetahuan Manusia. Mereka Buta Allah Kerana Kamu Tidak Menyebarkan Apa Yang Allah "Amanahkan" Kepada Kamu Sebagai Khalifah Mukabumi .. Jangan Gagal Menjalankan Amanah-Nya .. Kamu Akan Dipertanggungjawab Atas Apa Yang Kamu "Sembunyikan." Sesiapa Yang Akan "Dihisab" Allah - Ertinya Dirinya akan "Binasa". "Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat" .. Tentang Agama, Tentang Iman Atau Tentang Tuhan .. Jika Kamu Tidak Mahu Menjadi TENTERA TUHAN - Kamu Akan Disenaraikan Tuhan Sebagai TENTERA SYAITAN Dalam Senyap & Sunyi (Penyembunyi Kebenaran Agama)...
[03:19pm/Hujan Ahad/19 April 2015] 3:33pm.

No comments:

Post a Comment