Thursday, 9 April 2015
Tarekat
✨✨✅✅✅✅✨✨ "Tepat" sangat ayat tu tuan Kalam ... mazhab Tarekat yang taksub mengagungkan "sanad" mereka ni, dan tawassul kepada Roh Syeikh yang telah mati dan kuburan ... mazhab berfahaman yang seperti ini "wujud" di zaman "kerosakkan Islam ... wujudnya "aliran berfahaman" seperti ini di zaman "selepas" 300 hijrah iaitu suatu zaman yang Rasulullah sabdakan (hadis sahih) sebagai zaman agama islam mula merosak. Sebaik-baik Golongan Tasawuf Sufi untuk dicontohi adalah Wali-Wali yang "berada" pada awal 300 hijrah iaitu zaman emas Islam (Golden Era) yang Rasulullah Sabdakan sebagai sebaik-baik Umatku (Tabien & Salafussoleh awal 300 hijrah) .. Pada zaman tu Golongan Tasawuf ada 2 jenis .. (1) Ahli Hakekat. (2) Ahli Tarekat yang tidak "bernama" ... Ahli Hakekat bersifat "lone ranger" - mereka bergerak "solo" tapi mempunyai "ramai" Guru Tak bertauliah manusia. Salah satu nama adalah Malik Bin Dinar, Ibrahim Adham. Mereka ini adalah Wali yang Allah lantik dari kalangan "awam" .. Asal mereka cuma orang biasa tapi "telah ditarik" Allah menjadi Ahlullah (orang Tuhan/Insan Ketuhanan) yang disebut "Ahli Tasawuf" dan selepas 300 hijrah, mereka digelar "SUFI" @ insan berpakaian bulu bercompang camping dianggap "kurang siuman" di zamannya (dia pelek, rare, lone ranger) tetapi sangat taat, low profile, tapi hati mereka sangat "bersih" (setelah "diajari" Allah dengan ilmu "Akhlak Ketuhanan") hingga lahirlah "hikmah" pada lidah mereka. Mereka ini dikenali sebagai Imam Sufi / Pemuka Ajaran Tasawuf "Makrifatullah". Tugas mereka adalah menasihati manusia dengan "Perkataan-Perkataan" yang Tidak Diucap oleh sesiapapun "sebelum mereka" dengan bahasa-bahasa lidah "Laduniah" yang "dituangkan" Allah SWT ke dalam hati mereka yang "sangat BERSIH". Tokoh awalnya adalah Uwais Al-Qarni (Qutub Sufi kita), Hassan al Basri, Sufian Ats Tustari, Junaid al Baghdady, Malik Bin Dinar, Ibrahim Adham, Al-Hallaj dll .. mereka ni dalam satu ranting yang disebut sebagai Imam Tasawuf(ahli hakekat). Golongan (2) adalah Ahli Tarekat (ahli Zikir) .. mereka ini sebenarnya adalah "anak murid" kepada Imam-imam Sufi di atas. Tetapi keilmuan Ketuhanan "ahli Tarekat"(MURID/SALIK) tidak setinggi "ahli Tasawuf"(GURU SUFI/MURSYID/ARIFBILLAH) .. Walaupun pada asasnya golongan (1) + (2) adalah "SALIK" juga .. tapi Status diri "mereka" jauh berbeza. Ahli Tasawuf bersifat "lone ranger" atas sebab mereka suka "beruzlah" BERDUA DENGAN ALLAH sahaja. Berbeza Ahli Tarekat, lebih bersifat "sekawan" dalam satu "Tarekat" bagi mempekukuh antara satu sama lain. Ahli Tarekat hanya berguru pada satu guru sahaja dalam satu-satu masa(ditegah mempunyai 2 guru dalam satu masa), tapi Ahli Tasawuf itu berguru dengan ramai guru dalam satu-satu masa. Setiap Ahli Tasawuf telah pernah menjalani "tarekat" sama seperti Imam Al-Ghazali, beliau adalah Imam Sufi yang menjalani tarekat "tampa" Mazhab Tarekat (sedia ada), setelah melepasi fasa tersebut, barulah beliau menjadi Ahli Tasawuf - Imam Sufi yang mampu mengajari ilmu Ketuhanan melalui Lidahnya (beliau menyusun "tarekatnya" sendiri TAMPA "Bertaklik" dengan 'nasab' mazhab Tarekat yang sedia ada di zamannya) atas kerana beliau "dapati" mazhab Tarekat yang "sedia ada" di zamannya telah mengalami "KEROSAKAN (BID'AH) " PADA RANTING & DAHANNYA seperti memuja kubur para Syeikh mereka - Taksub dengan ajaran tarekat mereka dengan memusuhi tarekat lain. Kesan darinya, ajaran Tasawuf Silam yang "suci" murni telah dipandang serong sama. Itulah sejarah hitam Tasawuf, dikotori & terfitnah oleh para pengtaksub"mazhab Tarekat" terkemudian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment