Saturday, 18 April 2015
Ilmu
Sedikit perkongsian dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di slot rancangan Assalamualaikum @ TV Al-Hijrah (saluran 114)
- gelaran 'Habib' sebenarnya berasal dr gelaran murid kepada gurunya...para guru xmenuntut pon utk dipanggil sebegitu rupa..
- gelaran 'Habib' tersebut bru digunakan pada abad ke 11 Hijriah
- Habaib mengikut Imam Abdullah Bin Alwi Al-Haddad yg merupakan ikutan dan rujukan dizamannya oleh org Yaman dan juga luar Yaman..
Akidah Tauhidnya adalah Asya'irah,
Syariat Feqahnya adalah mengikut Imam As-Syafie dan dalam Tazkiyyah @ Tasawwufnya adalah mengikut manhajnya Al-Imam Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali.
Ilmu
Amal
Ikhlas
Wara'
Khauf (takut kpd Allah)
- 5 pegangan HABAIB
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
Kamu yg BUKAN Ahlinya, berdiam shj setelah menyerahkan berita tersebut kpd mereka dan Bersangka Baik.
DIAM dan BERSANGKA BAIK.
Di Madinah saja Saidatina Aishah ditohmah dgn fitnah yg mengatakan beliau yg mulia berzina. Tersebar menjadi bahan bualan org hinggakan satu Madinah mengetahui akan tohmahan itu.
Yg menyebarkan turut sama terlibat dlm tohmahan berita yg tidak berasas itu.
Sejauhmana kita terlibat dgn tohmahan, kita akan turut mendapatkan balasan dari ALLAH. Yg memulakan tohmahan itu yg paling berat dan akan dikenakan azab pedihbdari ALLAH.
ALLAH memuji golongan tertentu akan reaksi mereka dlm menerima sesuatu.
Dlm surah An-Nur, Allah memuji Abu Ayyub Al-Ansori yg menerima berita tohmahan fitnah kpd Saidatina Aishah itu dgn penuh sangka baik.
اتقوا مواضع التهم
Jagalah diri kamu dari tempat yg bisa membuatkan kamu ditohmah
- Syered berjalan bersama Rasulullah SAW dan baginda bertanya apakah ada pada kamu Syair Umaiyah Bin Sholt ygmana seorang yg tidak beriman. Syered pun membacakan satu bait kpd Rasulullah. Baginda menyebut هيه.... (Mintak tambahkan). Syered berkata hampir 100 bait aku membacakannya kpd baginda Shallallahu 'Alaiyhi Wasallam.
Adalah qasidah (syair) Umaiyah Bin Sholt itu hampir kpd ISLAM walaupun dia sendiri tidak memeluk kpd agama (ISLAM).
Didiklah anak kamu dgn cara zaman anak kamu kerna zamannya dgn zamanmu tak sama.
Habaib asasnya ilmu. Qasidah itu satu method sampaikan ilmu. Dlm qasidah juga ada ilmu. Menjadi wasilah ilmu.
- mudahnya menuduh dgn hanya melihat dari segi luaran, ini tidak boleh menemukan kebenaran.
- Mahu tahu apa pegangan seseorang itu :
Apabila fulan(A) itu duduk dgn fulan(B) itu..
Tidak boleh terus menuduh yg fulan(A) itu mengikut si fulan(B)...
Ia memerlukan kepada duduk bersama ,buat perbincangan dan pertanyaan soalan utk mengesahkannya, lihat apa hujahnya, dari siapa hujah tersebut.
Okay, fulan ini menggunakan hujah-2 pendapat dari Al-Imam Syafie, jadi dia ini Feqahnya mengikut As-Syafie...
Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaiyhi Wasallam :
المسلمون من سلم المسلمون من لسانه ويده
"Orang Muslim yg sejahtera adalah Org Muslim yg sejahtera pada lidahnya dan juga tangannya"
*** والله أعلم بالحق والصواب ***
Nota dari al-faqir Abdul Hadi dan Afif Zuhdi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment