Thursday, 9 April 2015
Doa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Jumaat
20 Jamadil Akhir 1436H,
10 April 2015.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon keampunan Mu, kami memohon kerahmatan Mu, kami memohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.
Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.
Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu.
Ya Allah tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.
Ya Allah, kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah kami Ya Allah, peliharalah kesihatan kami , berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah.
Ya Allah jadikanlah kami hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah perbaikilah akhlak kami.
Ya Allah jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik.
Ya Allah tanamlah sifat mahmudah dalam diri kami dan buanglah sifat mazmumah dalam diri kami.
Ya Allah, jadikanlah anak-cucu kami umat Mu yang soleh Ya Allah.
Ya Allah jadikanlah mereka penyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah.
Ya Allah dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.
Ya Allah tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.
Ya Allah janganlah Engkau lalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.
Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-cucu kami setiap waktu Ya Allah.
Ya Allah kami serahkan mereka untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah.
Ya Allah gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini. Bantulah kami Ya Allah.
َ
ََYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment