Thursday, 16 April 2015

1


Kepada para Sahabat, Moga semuanya Sejahtera.
Sendal pagi Jumaat
Nasrudin Bermain Gitar
Satu hari Mullah Nasrudin berada di pekan apabila sekumpulan orang bertanya kepadanya adakah dia tahu bermain gitar.
Nasrudin tidak tahu tetapi dia menjawab, "Ya, Aku tahu, aku menguasai permainan gitar dan untuk pengetahuan kalian aku adalah diantara permain gitar yang terbaik di dunia! "
Mereka merasakan yang Nasrudin cuma mahu bermegah megah, lalu di sediakan sebuah gitar dan diberikan kepadanya.
Nasrudin mengambil gitar tersebut dan mula bermain dengan hanya memetik satu tali sahaja, dia terus bermain dengan memetik tali tersebut berulang ulang.
Selepas beberapa minit akhirnya salah seorang diantara mereka merasa terganggu lalu bertanya “Mullah, para pemain gitar yang hebat memainkan gitar mereka dengan mengerakkan jari mereka pada keseluruhan tali serta mengubah ubah kedudukan jari mereka di setiap pergerakan, tapi kamu cuma memetik satu tali dan terus disitu tanpa melakukan sebarang perubahan”.
“Baiklah”, Nasrudin menjawab, “Orang orang hebat yang bermain dengan mengubah ubah tali dan pergerakan jari mereka itu adalah kerana mereka sedang mencari sesuatu yang tertentu tapi masih belum menemukan apa yang dicari, akan tetapi aku pula sudah menjumpai serta mendapatkan apa yang aku cari pada cubaan kali pertama ku, jadi untuk apa lagi aku menukar-nukar serta mengubah-ubah lagi pencarianku”.

No comments:

Post a Comment