Saturday, 8 November 2014

perang


"MELENGKAPKAN PEJUANG-PEJUANG FI SABILILLAH".
Sabda Rasulullah saw:
Orang yang melengkapkan seorang pejuang fi sabilillah
Sama seperti berjuang. Dan siapa yang membantu keluarga pejuang fi sabilillah dengan baik. Sama seperti ia berjuang juga.
Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dengan seekor unta betina yang serba lengkap lalu diserahkannya unta itu kepada baginda seraya berkata: Unta ini untuk fisabilillah. Maka jawab baginda: Bagimu gantinya tujuh ratus unta yang serba lengkap di Hari Kiamat.
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang membelanjakan sesuatu perbelanjaan fi
Sabilillah, akan dicatit baginya tujuh ratus kali ganda".
Diriwayatkan dari Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang membelanjakan kepada seorang pejuang fi sabilillah,sedang ia tiada ikut berjuang bersama-sama, maka baginya atas setiap dirham pahala tujuh ratus dirham. Dan barangsiapa yang membelanjakan ke atas diri sendiri fi sabilillah, maka baginya atas setiap dirham tujuh ratus ribu dirham.
Dan berjuang dengan sukarela fi sabilillah mempunyai
Kelebihan yang besar.
Bersabda Rasulullah saw:
"Bersukarela sehari fi sabilillah adalah lebih utama dari seribu hari berbakti di tempat lain".
Sabdanya lagi:
"Tiap-tiap mata akan menangis di hari Kiamat,melainkan mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga malam pada jalan Allah".
Amaran dari Rasulullah saw:
Dan sabdanya;
"Tiga perkara tiada berguna sesuatu amalan bersamanya:Menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan pertempuran".
LikeLike ·  · 

No comments:

Post a Comment