Rumah Di Beverly Hills Ini Kini Adalah Hartanah Elit Paling Mahal Di Amerika. Mari Tinjau
Terletak di bukit Beverly Hills, dengan poskod 90210 yang terkenal itu, kompaun rumah dengan tema Mediterranean ini menurut Coldwell Banker Previews International, kini adalah “hartanah yang paling mahal dan elit di Amerika”. Dan percayalah, ramai yang tidak akan mampu membelinya, melainkan anda adalah Bill Gates.
Hartanah ini yang dipanggil Palazzo di Amore, mempunyai semua kemudahan yang diinginkan, seiring dengan saiznya yang berkeluasan 25 ekar persegi.
Ia dijual pada harga $195,000,000 atau USD $195 Juta, iaitu kira-kira RM600 Juta,
Dengan 12 bilik tidur, 23 bilik air, pusat hiburan seluas 15,000 kaki persegi yang termasuk bilik tarian yang boleh menampung sehingga 250 orang, bakal pemilik hartanah ini tidak akan mempunyai masalah menjemput ramai tetamu pada satu-satu masa – terutamanya dengan garaj peribadi yang boleh memuatkan 27 buah kereta dan tempat letak kereta untuk 150 buah kereta.
Palazzo di Amore bukan sekadar mewah. Siling dengan lukisan tangan, laluan lantai kaca terapung, dinding sutera dan spa gaya Turki merupakan beberapa faedah tidak masuk akal dengan pelaburan RM 600 juta ini.
Dan dengan kolam renang, spa, gelanggang tenis, air terjun dan kolam pemandangan sepanjang 128 kaki, penghuninya tiada sebab untuk meninggalkan rumah ini.
Kegilaan yang lain termasuklah ladang anggur yang luas, 12 bilik tidur, 23 bilik air dan panggung wayang yang boleh menempatkan sehingga 50 orang.
Teringin rumah sebegini?
Sumber: Huffington Post
No comments:
Post a Comment