Thursday, 20 November 2014
Kisah nabi
KISAH SEORANG LELAKI
YANG INGIN MEMUKUL
RASULULLAH S.A.W.
Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.
Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu
baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke
masjid. Tidak lama kemudian,
penuhlah masjid dengan para
sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua,
bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan
suara bersemangat, " Benar!
Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. adalah Tuhan yang layak di
sembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada
mereka". Kemudian baginda
berkata lagi.......dan setiap apa
yang baginda perkatakan , akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu
topik yang menjadikan para
sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi
bertemu Tuhan.......dan sebelum
aku pergi, aku ingin selesaikan
segala urusan dengan manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan
hutang tersebut. Kerana aku tidak
mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".
Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati
masing-masing berkata "Mana ada
Rasullullah S.A.W. berhutang
dengan kami..........sebenarnya
kamilah yang banyak berhutang
dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi
pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki
yang bernama Akasyah. lalu dia
berkata:
"Ya Rasulullah! Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai
ianya dikira hutang, maka aku
minta kau jelaskan. Andainya
ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika
engkau tunggang kuda, lalu
engkau pukulkan cemeti ke
belakang kuda. Tetapi cemeti
tersebut tidak kena pada
belakang kuda,...yang sebenarnya
cemeti itu terkena pada dadaku
kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang
wahai Akasyah! kalau dulu aku
pukul engkau, maka hari ini aku
akan terima hal yang sama".
Dengan suara yang agak tinggi,
Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera
melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa
bersalah bila mengatakan yang
demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi
Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda
sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan
semua itu.
Rasulullah S.A.W. meminta Bilal
mengambil cemeti tersebut di
rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal
meminta cemeti tersebut dari
Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta
cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada
sedih :
"cemeti ini akan digunakan oleh
Akasyah untuk memukul
Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah
seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul
ayahku Rasulullah!......ayahku
sedang sakit........kalau nak
pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab: " Sesungguhnya
ini adalah urusan antara mereka
berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke
masjid lalu diberikan kepada
Akasyah. Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan
menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku.......
aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. sampaikan.
Akulah tema
nnya di kala suka dan
duka. Kalau engkau hendak
pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
bakar!....ini bukan urusan kamu.
Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya
berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak
pukul, pukullah aku....... Dulu
memang aku tidak suka
mendengar nama Muhammad,
bahkan aku pernah berniat untuk
menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang
berani menyakiti Muhammad.
Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini
urusan antara aku dengan
Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya
berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada
pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.
Mereka berdua merayu dan
meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami
sedang sakit........pukullah kami
wahai pak cik.....sesungguhnya
kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku
dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar,
dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul
engkau ya Rasulullah! Engkau
duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau hendak aku pukul
engkau, maka turunlah ke bawah
sini".
Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda
meminta beberapa orang sahabat
memapahnya ke bawah. Baginda
didudukkan pada sebuah kerusi,
lalu dengan suara tegas Akasyah
berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu,
aku tidak memakai baju, Ya
Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam keadaan
lemah......Rasulu ll
ah membuka
baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan
janganlah kamu berlebih-lebihan.
Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".
Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula
untuk menghayunkan tangan yang
memegang cemeti untuk di
pukulkan ke tubuh Rasulullah
S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah
menghayun cemeti, sambil itu
juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga
dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.
Sambil berteriak menangis,
Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana
ada manusia yang sanggup
menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat
merapatkan tubuhku dengan
tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa
tubuhmu tidak akan dimakan
oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan
api neraka........maafkanlah aku
ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan
penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua,
kalau kamu ingin melihat ahli
syurga, maka lihatlah kepada
Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang
mencurah di pipi masing-masing.
Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA PADA KASIH KITA PADA NABI MUHAMMAD SAW...AMIN
SEBARKAN WALAU SATU AYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment