Jalan Ini Di Landa Banjir Setiap Hari Tapi Masih Ramai Yang Mahu Laluinya. Pelik!
Jalan ini terletak di Peranchis. Ia menghubungkan tanah daratan ke sebuah pulau dan akan dibanjiri air 2 kali sehari ketika air pasang.
Kerana keunikan ini, ia menjadi tumpuan pelancong.
Nama jalan ini ialah Passage Du Gois dan ia merupakan jalan yang menghubungkan Pulau Noirmoutier.
Ia terletak di antara Île de Noirmoutier dan Beauvoir-sur-Mer, di bahagian Vendée (ha, bergulung sudah lidah nak sebut).
Kerana keunikan ini juga, kerajaan Peranchis turut mengadakan acara tahunan di sini antaranya pertandingan lumba basikal Le Tour De France dan acara jalan kaki Foulées du Gois.
1. Le Tour De France
2. Bayangkan jika setiap hari anda terpaksa berdepan dengan keadaan begini setiap kali nak balik ke rumah dari tempat kerja. Rasanya lebih baik beli bot saja berbanding kereta.
3. Sign board tetap disediakan meskipun tiada jaminan tak kan terbabas dan hanyut
4. Yang mana satu sebenarnya ni? Nak test power kereta atau kekentalan hati tuan kereta?
5. Kan dah ada yang hanyut
6. Air pasang bila dah sampai masa tetap naik juga, tak kira la traffic jam ke tak
7. Kes salah pilih jeti kah? Tersadai sudah
8. Mungkin ini acara jalan kaki tahunan tu? Atau memang setiap hari mereka bersenam begini?
Jom kita layan video kes kereta hanyut di jalan Passage Du Gois ni pula.
Bagi kaki travel, mungkin anda mahu masukkan Passage Du Gois ini sebagai destinasi terbaru untuk aktiviti adrenalin rush anda
No comments:
Post a Comment