Soal jawab ttg Gomen Tebuk Atap 2.0.
Soalan : " YB, rasanya depa akan buat ke Usul Undi Percaya di Parlimen ?"
Jawapan : " والله اعلم. Mungkin ya, mungkin tidak. Andaikata tidak buat, telahan saya, depa akan hadapi 2 DILEMA besar.
PERTAMA, depa akan dituduh TAKUT dan cuba sembunyi sesuatu kerana angka 114 yang sokong dulu mungkin kini dah berkurang.
Tapi, to be fair, mungkin juga tidak sebab UMNO dan yang sewaktu dengannya ni ramai yg habaq tak boleh pakai sangat... Well known to be Kaki Temberang!
KEDUA, depa akan heret nama, imej dan integriti istana.
Istana bermungkinan akan dituduh bersubahat dan menipu ( harap tidak berlaku begitu ) sebab telah jelas pada 18/8/2021, telah ada titah dari YDPA untuk kena buat usul Undi Percaya di Parlimen. Satu dunia dah tahu perkara itu.
But, to be fair, sebelum ini Gomen Tebuk Atap 1.0 pun ada sejarah hitam heret nama, imej dan integriti istana tapi rakyat lihat elok je Menteri yang berkaitan masih kekal dlm Gomen gagal 2.0 macam tak pernah buat salah walau sblm tu gegak gumpita dituduh derhaka !
Itu sekadar telahan saya. I might be wrong, you know ! "
Soalan : " YB rasa, diandaikan depa survive Undi Percaya kali ini, depa akan terus survive ke? "
Jawapan : " والله اعلم. Saya x pasti dan x mahu berspekulasi.
Cuma dalam sidang Parlimen yg akan datang ni, rasanya agak sukar Gomen Tebuk Atap 2.0 ini nak lari dari beberapa proses undi di Parlimen.
With a very slim and shaky majority, it would be interesting to see what is going to happen !"
"Tq YB"
"Sama sama".
No comments:
Post a Comment