Monday, 6 September 2021

PERDANA MENTERI JUTAWAN

 PERDANA MENTERI JUTAWAN

1. Biasanya Perdana Menteri tidak kaya. Jika dia kaya maka tentulah dia isytihar di waktu dilantik yang dianya memiliki kekayaan. Bahkan awal-awal lagi dia di kenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.
2. Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram.
3. Sebenarnya PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.
4. Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campurtangan dalam politik dalam negeri.
5. Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas ia menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

No comments:

Post a Comment