Apa beza Baba dan Ustaz ?
Ustaz mungkin mahir beberapa bab sahaja dari bahagian agama. Tapi baba, mereka mahir dalam semua bab dan boleh menjawab soalan yang kemungkinan tidak terjangkau dek akal seorang ustaz.
Baba Ismail Al-Fathoni menguasai lebih 100 cabang ilmu agama. Inilah Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Ulama Fathoni, Thailand.
Beliau boleh mengajar lebih daripada belasan ilmu, Bermula ilmu Tauhid, feqah, Tasawwuf, nahu, sorof, ma'ani, makulat, bayan, arod, tafsir, hadis dan banyak lagi.
Pernah berlaku, seorang pensayarah pergi ke Pondok Tuan Guru Baba Ismail sepanjang maka pensayarah terkejut kerana dengan seorang guru boleh mengajar puluhan ilmu, berbeza dengan Universiti hanya belajar satu bidang sahaja.
Masyallah inilah ulama kita yang disegani dan perlu jadikan panduan.
Dikatakan Tuan Guru Baba Ismail sepanjang mengajarkan 13 biji kitab sehari. Tuan Guru Baba Ismail sepanjang belajar ilmu agama selama hampir 20 tahun.
Satu kisah yang pernah diceritakan oleh UAI tentang kisah Baba Ismail Sepanjang Al-Fatoni.
Pada masa tuan guru baba masih lagi seorang penuntut ilmu. Pada masa itu, tuan guru baba ingin pergi ke kelas pengajian untuk talaqqi bersama gurunya tetapi pada ketika itu berlakunya banjir. Jadi akibat banjir tersebut, tuan guru baba terpaksa juga meredah air banjir dengan membawa baju spare serta meletakkan kitab-kitabnya di dalam plastik dan mengikatnya di handle basikal dan mengheret basikal di dalam air banjir sampai tenggelam basikal sehinggakan hanya nampak handle sahaja semata-mata untuk mencari ilmu/talaqqi. Kata UAI: Tuan guru baba tidak pernah sekalipun tertinggal kelas pengajiannya.
Masya Allah.... Sangat gigih tuan guru baba dalam menuntut ilmu.
Orang seperti inilah patut di Cintai.
Seseorang akan bersama dengan yang dicintai dan dirindukannya di surga nanti.
No comments:
Post a Comment