15 tahun yang lalu, lelaki kelahiran China ini tiba di Singapura dengan beban hutang $100,000. Tapi hari ini net worth syarikat beliau adalah $20 Billion. ??
.
Ini kisah Forrest Li (Founder Shopee). Dari China, masuk Singapore dan jadi orang paling kaya di Singapore. Ini baru betul “I Came. I Saw. I Conquer” ??
.
.
Masa dia sampai di Singapore dulu, dia hanya mampu sewa bilik saja. Cerita dia gini..
.
Li ni dulu memang kaki game. Masa dia belajar Degree dulu, memang tak berapa nak pandai sangat lah. Asal ada masa terluang je dia gi cyber cafe main game.
.
Masa habis degree tu dia dapat kerja di Motorola China. Tapi dia tak minat. Sebab dia tak cukup masa nak main game ??
.
So apa dia buat? Dia gi amik loan untuk sambung belajar Master di Stanford University US.
.
Masa di US, Li pergi graduation ceremony awek dia (kini wife). Waktu tu, Steve Jobs yang bagi ucapan. Dia tak boleh lupa kata-kata steve jobs “Stay Hungry, Stay Foolish”
.
Ini kata-kata keramat Steve Jobs yang terus membakar semangat Li untuk kejar impian dia.
.
Bagi kaki gamers, korang mesti ingat Garena kan? Ini antara first business dia buat masa kat Singapore. (Bisnes sebelum Garena ni gagal)
.
Dia ni memang kaki game. Masa belajar di Uni dulu pun memang main game je la kerja dia. So dia nak buat bisnes dengan benda yang paling dia minat. GAME !
.
Garena mencanak naik. Tapi orang tak kenal siapa di sebalik Garena ni. Masyuk gak lah Forrest Li ni dulu. (Nama Forrest di ambil sempena Forrest Gump ?????)
.
Satu hari masa Li bercuti dengan family, dia tanya anak dia “Apa yang paling awak rindu di China?”
.
Anak dia jawab “Taobao” (Kalau korang tak tahu, Tabao ni macam shopee lah. Tapi di China)
.
Mendengar jawapan anak dia tu, Li pun dengan nada bergurau kata “Ok, nanti daddy buat satu Tabao kat sini haha!”
.
Nak jadikan cerita, gurauan Li kepada anak dia tu jadi realiti bila dia buka Shopee pada tahun 2015.
.
Di sebabkan data yang dia ada dari pengguna Garena, dia berjaya mengkaji “pattern” mobile users dia asia tenggara.
.
Memang strategi awal Li dulu adalah mobile-first. Maknanya apps yang dia nak buat wajib senang di pakai guna handphone.
.
Walaupun di consider sebagai “late-comer”, Tapi Li tak kisah. Dia onz juga projek Shopee. (So, jangan ingat bila kita lambat masuk sesuatu industry kita takkan berjaya)
.
Sebab waktu tu antara ecommerce yang famous adalah Lazada dan Tokopedia.
.
Jadi, apa strategy mereka di peringkat awal?
.
Aggresive Marketing – Mobile First – Zero Sales Commissions Strategy.
.
Ini kita boleh panggil sebagai Entry Level punya Strategy.
.
Bayangkan korang nak masuk market yang dah ramai “jerung”. Kenapa orang nak pilih kita yang baru nak masuk ni sedangkan dah ada brand besar lain seperti Lazada dan Tokopedia?
.
Nak tak nak, Li kena be very aggresive dalam marketing. Aggresive bukan bermaksud tabur duit pastu tunggu orang masuk web.
.
Aggresive bermaksud berada di semua tempat.
.
Tapi tak guna juga kalau buat marketing gila-gila tapi apps dia tak bagus. Itu datangnya pula Mobile First Strategy. Maknanya dia kena buat apps yang orang rasa senang nak akses melalui smartphone.
.
Ok sekarang dah buat aggresive marketing dan mobile first. So orang dah ramai install apps dia. Tapi masih tak cukup. Dia perlukan Seller yang ramai.
.
Bila orang masuk tapi tengok takde barang, orang tak masuk dah la. Ibarat kita masuk shopping mall yang takde kedai. Naya pak karem! Memang sekali je la pegi mall tu.
.
Kat sini pula datang strategy Zero Sales Commissions. Maknanya Shopee tak ambil sebarang komisyen kepada seller yang nak berniaga di shopee. Kira macam bagi tapak percuma la untuk peniaga. (Strategy ini buatkan shopee rugi bertahun-tahun lamanya. Keyword : sabar)
.
Ibarat macam ni : Buat marketing gila-gila > Orang mula datang > Tengok banyak kedai dan meriah dengan pelbagai pilihan.
.
Apa jadi? Orang mula ramai-ramai masuk. Seller mula dapat sales yang banyak. Seller pun bagitau seller lain yang jual kat shopee senang dapat sales. Seller lain masuk lagi ramai.
.
Pengguna pula makin seronok sebab banyak pilihan dan bermacam jenis harga.
.
Customer’s experience meningkat maka shopee menjadi bualan (word of mouth). “Kau beli kat mana benda ni?” “Aku beli kat shopee jer”
“Kau cari kat shopee jer mesti jumpa”
“Aku tengok kat shopee la murah sikit”
Biasa dengar kan? Haha!
.
Bila dah cukup masa, baru la Shopee charge komisyen. Masa ni la baru diorang kaut kerugian bertahun-tahun yang diorang tanggung. Tapi sekali kaut main billion terus haha! Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
.
.
Datang merantau ke negara orang dengan bebanan hutang tapi boleh jadi antara orang yang terkaya pula di negara tu. Power kan?
.
.
Punca awal dia yang best.
1) Kata-kata semangat Steve Jobs “Stay Hungry, Stay foolish”
Kata-kata ini buat dia kejar impian dia untuk tubuhkan Garena.
2) Kata-kata anak dia yang rindu pada Taobao. Haha!
.
.
Satu lagi yang bestnya, tak susah pun kalau nak mula niaga kat Shopee nih. Mudah sangat nak buat side income.
Ramai seller kita dah buat sales RM4-6angka secara konsisten tiap bulan kat Shopee dan ubah life mereka masa pandemik ni dalam diam. Serius! Korang pun boleh.
.
Forrest Li ni dah sediakan macam-macam marketing tools dan special day khas untuk seller Shopee, semuanya percuma je!
Tinggal kita nak ambil kesempatan dan manfaatkannya je.
.
Yang penting kena la ada ilmu nak niaga walaupun kat Shopee.
.
.
Kalau korang yang tengah planning nak tambah side income walaupun tengah bekerja tu..
.
Ada satu panduan Shopee ni Mudah & Proven untuk korang belajar dari video-video yang disediakan. Belajar dari A-Z, Basic to Advance.
.
Yang bestnya kalau korang tiada produk nak mula, No Problemo!
.
Dropship je...ada lebih 500 produk laku keras dengan harga borong walaupun 1 disediakan. Biar semuanya auto tanpa ganggu kerja hakiki.. Kasi supplier je yang uruskan, korang monitor order masuk.
.
.
Menarik kan? Ok now lets go! We stay hungry, stay foolish!
Kalau tak bermula sekarang, bila lagi?
No comments:
Post a Comment