RAHSIA AHMAD MAHMOOD TERBONGKAR AKHIRNYA
Seniman AHMAD MAHMOOD merupakan pelakon yang paling banyak memegang watak anak Raja atau Sultan, kesemuanya berjumlah 8 buah filem. Merujuk kepada gambar2 ini, memang wajarlah beliau dipilih kerana wajahnya yang segak tampan serta lakonan yang berkarismatik.
Tetapi tahukah anda bahawa Ahmad Mahmood adalah dari keturunan Raja? Rahsia ini disimpannya dari sejak mula bertapak sebagai pelakon sehingga beliau bersara dari dunia perfileman. Hanya beberapa tahun sebelum meninggal dunia, rahsia ini terpaksa dibongkarkan kepada seorang penulis yang sedang mengutip maklumat untuk buku sejarah Ahmad Mahmood.
Nama sebenar Ahmad Mahmood ialah TENGKU ABDUL SAMAD, lahir di Kampung Chembong, Rembau, NS pada 3 Januari 1926 (tarikh dalam IC). Tarikh di Wikipedia pula tercatit 17 Mac 1927. Tetapi tarikh yang sahih adalah 3 Januari 1924. (tua 4 tahun dari P Ramlee).
Ayahnya ialah TENGKU MAHMOOD BIN TENGKU SHAUL (sebutan Shawal), keturunan Minangkabau, berasal dari kerabat istana Pagar Ruyung, Sumatera Barat. Apabila tercetusnya Perang Padri di antara askar Belanda dan orang2 tempatan pada awal tahun 1880, maka ramai penduduk dan kaum kerabat Raja termasuk Tengku Mahmood melarikan diri ke Malaya. Mereka cuba menutup identiti mereka sebagai kerabat Raja dan gelaran
' Tengku ' disembunyi dan dipadamkan dari mana2 pendaftaran. Tengku Mahmood mendarat di Negeri Sembilan dan di sana beliau mendirikan rumahtangga dengan Saodah binti Amin, gadis dari Kg Chembong. Tengku Mahmood masih mempunyai keluarga di Bukit Tinggi, Sumatera dan kerap berulang alik ke sana. Beliau sempat membina sebuah rumah besar tiga tingkat untuk keluarganya tetapi isterinya lebih selesa tinggal di Kg Chembong untuk membesarkan anak2 mereka iaitu 8 orang kesemuanya. Ahmad Mahmood adalah anak yang ketujuh.
Sebelum bergelar pelakon, Ahmad Mahmood pernah menjawat bermacam pekerjaan termasuk menjadi guru sekolah pondok dan penjaga kubur Jepun.
Sebagai pelakon, filem2 yang mengharumkan nama beliau adalah IMAN, HANG TUAH, RAJA LAKSEMANA BINTAN, KASEH TANPA SAYANG, IBU MERTUA-KU, RAJA BERSIONG dan RANJAU SEPANJANG JALAN.
Ahmad Mahmood meninggal dunia pada 27 Ogos 2008 di rumahnya di Kg Tunku, Petaling Jaya akibat penyakit buah pinggang ketika berusia 84 tahun.
Semoga rohnya Ahmad Mahmood disemadikan bersama para solihin, disusuli dengan bacaan AL FATIHAH.
Fonzz
20.9.2021
6KMohd Zuhairy, Diedot Abe dan 6K yang lain
491 Komen
1K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
No comments:
Post a Comment