Monday, 27 September 2021

Hidup Normal dengan Vaksinasi Tahunan?

 Hidup Normal dengan Vaksinasi Tahunan?

.
"Dunia berupaya kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik Covid-19 dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan." - Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla dari Washington.
.
"Saya setuju bahawa, dalam setahun, kita akan dapat kembali ke kehidupan normal. Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus... dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Tetapi kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan lihat data," lapor Sputnik memetik ABC News.
.
Kita akan dapati kes positif akan sentiasa ada tetapi stabil. Sama seperti kes denggi, kematian disebabkan Covid akan tetap ada. Maka, terpaksalah kita terima hakikat yang kita perlu berdamai dengan Covid. Tidak kira di mana dan apa juga keadaan, kita perlu hidup bersama virus ini. Memang sukar tetapi inilah realiti yang kita perlu dihadapi. Ini bermakna diri kita sendiri sahaja yang mampu menentukan sama ada kita selamat atau tidak daripada ancaman virus ini.

No comments:

Post a Comment