MATILAH SEBELUM ENGKAU MATI
________________________________________
Untuk menuju Tuhan, satu-satunya bekalan yang boleh dibawa adalah penyerahan diri. Tidak ada yang boleh dibawa menghadap kepadaNya selain daripada kepasrahan. Kekosongan, merasa lemah, tidak berdaya, tidak berkuasa. Bahkan segala bentuk amal kebajikan yang telah engkau tunaikan itu pun tidak boleh dibawa menghadap Sang Tuhan walau sekadar sebesar zarah sekalipun.
________________________________________
Tuhan itu tidak boleh disogok dengan segala bentuk amal kebajikanmu. Biarpun beribu rakaat solat telah engkau tunaikan dan berjuta jumlah zikir telah engkau ucapkan. Dan ketahuilah bahawa puncak penyerahan itu adalah ketiadaanmu, atau pun kekosongan nafsumu, atau pun keheningan egomu itu.
________________________________________
Saat egomu itu telah tiada, pada masa itu barulah engkau boleh menuju Sang Tuhan, dan lebur ke dalam-Nya. Inilah makna sejati daripada erti kata Islam, 'Asalama' yang bermakna “berserah diri”, dan itulah juga pesan junjungan kita Nabi : "Al Mautu Qobla Antal Mautu", yang membawa erti; "Matilah Engkau Sebelum Engkau Mati"
No comments:
Post a Comment