Ramai orang bising berbunyi kenapa pusat membeli belah, pasar pasar, kedai kedai , pejabat pejabat dan bank bank dibuka kepada orang ramai , dan berduyung duyung orang pergi tak ada masalah. Tetapi masjid ditutup tidak di benarkan.
Ini kerana demi menjaga nama baik islam, kerana menjaga nama baik islam itu wajib dan penting sekali. Jika masjid dibenarkan untuk ibadah dimasa penyebaran penyakit , dan semua jemaah dihinggapi virus dan tersebar penyakit tersebut, maka nama islam akan tercemar dan dituduh sebagai penyebar penyakit.
Kerana itulah masjid ditutup dan tidak dibenarkan berjamaah bagi menjaga nama islam. Sedangkan pusat membeli belah, pasar pasar , kedai kedai, bank bank dan sebagainya itu tidak ada kepentingan untuk menjaga nama baiknya . Kerana menjaga nama baik islam itu wajib dan terlebih utama.
Sedangkan masjidilharam dan masjid nabawi pun ditutup , dan segala ulama disana tidak mempertikaikannya, sedangkan mereka terlebih alim tentang fiqih pun tak ada membantah. Kerana mereka telah jauh berfikir tentang pentingnya dan wajibnya dan terlebih utama menjaga nama islam dari nama nama lain. Maka yang jahil tak ada pengetahuan sahaja yang suka provok suka bising bising dengan pemikiran yang dangkal konon biarlah mati kerana solat berjamaah dimasijid, hidup dan mati itu kerja illah. Inilah kata kata manusia yang tak berilmu, dia lupa dizaman ini fitnah itu terlebih hebat. Dia lupa ini zaman fitnah, dan fitnah mudah tersebar dan islam mudah dipandang buruk jika gejala virus itu tersebar kerana solat berjamaah di masjid. Maka hidup ini biar berilmu nak beribadah pun wajib berilmu
No comments:
Post a Comment