Tuesday, 26 May 2020

jiwa

Hidup ini jangan bangga dengan jasad yang cantik, rupa yang cantik. Berpakaian cantik dan mewah mewah. Saat kematian jasad tidak akan mengikutimu kealam barzakh tetapi tetinggal dialam kubur.
Jangan bangga dengan segala harta yang kau miliki, dan segala kekayaan yang kau ada. Kerana saat tiba kematian dirimu, semua itu menjadi milik orang lain
Jangan terlampau berharap pada isteri, suami, anak anak dan saudara mara mu . Kerana disaat kematianmu mereka semua hanya mampu mengiringi mu ke kubur sahaja, tetapi mereka tidak sanggup dan mampu menemanimu kealam barzakh
Maka rawatlah jiwamu sebaik mungkin . Ramai dari kita terlupa untuk merwat jiwa, menghiasi jiwa . Kerana hanya jiwa sahaja akan setia dan akan menurutmu ke alam barzakh. Kerana itu illah menyeru wahai jiwa jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha lagi meredhai.
Dewasa ini ramai manusia menghadapi masalah jiwa. Yakni jiwa terabai, maka resah gelisah dan tidak ada ketenangan . Walaupun mewah berharta nampak gembira pada zahir, tetapi pada hakikatnya jiwanya tiada ketenangan

No comments:

Post a Comment