Sunday, 24 May 2020
mengenal
Untuk mengenal illah itu tidak boleh dengan akal fikiran. Dengan akal fikiran nescaya tidak akan dan tidak pernah kesampaian untuk mengenal illah. Jika kenal illah dengan akal fikiran, maka illah yang kamu kenal itu bukan illah yang sebenar. Sebaliknya itu adalah illah ciptaan akalmu sendiri. Maka lahirlah illah angan angan dan bayang bayangan ciptaan akalmu sendiri, bukan illah yang sebenar benar illah. Maka sebenar benar untuk mengenal illah itu ialah dengan penyerahan dirimu, bukan dengan akal fikiranmu. Kerana kenal illah itu dengan RASA. Dengan menyerahkan dirimu maka kamu dapat kenal illah yang sebenar melalui RASA. Kerana RASA itulah SIRR yakni RAHSIA illah . Inilah yang dimaksukan hanya illah sahaja yang mengenal illah. Dan inilah juga yang diisyaratkan jikau engkau datang kepada illah dengan illah bersama illah dengan illah , maka itu urusan ku dengan mu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment