HINDARKAN DIRI MENIKAHI ENAM GOLONGAN WANITA INI.
Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. AL-ANNANAH :
Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat aslinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil, perempuan tersebut juga berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. AL-MANANAH :
Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan, saya telah melakukan untuk kamu itu dan ini.
3. AL-HANANAH :
Perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami (perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya).
4. AL-HADDAQAH :
Perempuan yang menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliannya.
5. AL-BARRAQAH :
Terdapat dua makna, yang pertama ialah suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, sedangkan pada suaminya tidak buatpun dan makna kedua ialah perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. AL-SYADDAQAH :
Perempuan yang banyak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah (berbicara tidak tentu arah), semoga para muslimah tidak termasuk didalam golongan-golongan yang disebutkan diatas.
Na'udzubillahimindzalik..
No comments:
Post a Comment