Sunday, 24 May 2020

AIDIL FITRI & AIDIL ADHA

AIDIL FITRI & AIDIL ADHA
________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para followers Hakikat Insan. Selamat menyambut perayaan aidil fitri di samping kaum keluarga dan juga sahabat handai. Di kesempatan yang sempit ini, marilah kita berbicara sedikit mengenai sebenar-benar pengertian aidil fitri dan juga aidil adha.
________________________________________
Apakah sebenar pengertian aidil fitri? Apakah ianya sekadar upacara rutin setelah selesai berpuasa? Apakah sekadar bertakbir kemudian bersolat di pagi raya? Kemudian bersalam dan bermaafan. Setelah seminggu, semuanya dilupakan sehinggalah tiba tahun depan.
________________________________________
Bagi perayaan aidil adha pula, apakah sekadar bersiap sedia di pagi hari untuk melihat orang menyembelih lembu, kerbau, keldai, kambing. Kemudiannya diserahkan kepada fakir miskin dan juga golongan yang layak untuk menerima. Di manakah erti korban yang sesungguhnya?
________________________________________
Hari raya aidil fitri mengajar kita tentang perkara korban atau “menyerah” tujuh anggota. Fitri ertinya fitrah. Manakala erti fitrah itu pula adalah bermaksud semula jadi, maka hari raya aidil fitri itu, menyedarkan kita supaya kita mengembalikan diri tujuh anggota kepada illah iaitu balik semula diri kita itu kepada yang asal atau kepada fitrah semula jadi.
________________________________________
Hari raya aidil adha pula mengajar kita supaya berkorban atau menyerah diri sampai kepada tahap nyawa. Setelah penyerahan kita itu sudah sampai kepada tahap nyawa, barulah dikatakan sebenar-benar korban. Korban itu, mengembalikan segala sifat yang tujuh termasuk “nyawa” kepada illah. Sehingga sampai kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikembalikan kepada illah
________________________________________
Nyawa itu adalah tahap penyerahan yang paling akhir, ataupun maqam makhluk Tuhan yang penghabisan. Setelah itu, barulah kita ini benar-benar dikatakan suci zahir dan batin, dan barulah kita ini dikatakan suci daripada di dunia ini sampailah ke akhirat kelak. Inilah intipati pada sambutan perayaan aidil fitri dan juga perayaan aidil adha yang sesungguhnya

No comments:

Post a Comment