AIDIL FITRI, KEMBALI KE SEBENAR DIRI.
________________________________________
Makna Aidil Fitri bukanlah "kembali kepada kesucian". Fitri itu bukanlah bererti suci. Tetapi ianya sinonim dengan kata arab "fathara", yang membawa maksud "penciptaan". Makanya erti fitri itu lebih dekat maksudnya dengan pucuk pangkal, usul asal, pola dasar, diri sebenar.
________________________________________
Besar kemungkinan, kata "pattern" di dalam bahasa Inggeris, yang juga bermakna pola dasar, seakar katanya dengan kata fitri, iaitu "fitrah". Dengan demikian, Aidil Fitri lebih tepat dimaknai sebagai "kembali kepada fitrah".
________________________________________
Perlakuan ibadah puasa umat Muslim selama berhari-hari itu bertujuan utama adalah tidak lain untuk menemukan atau pulang kembali kepada diri fitrah, atau diri sebenar diri yang sememangnya unik bagi setiap individu, dari satu kepada satu masing-masing peribadi.
________________________________________
Salam Aidil Fitri buat seluruh sanak saudara dan juga sahabat handai. Minal Aidil Wal Faizin. Semoga semua makhluk diberkati Tuhan, berbahagia menjadi diri sebenar diri mereka masing-masing, walau di mana saja
No comments:
Post a Comment