SEDIKIT BERKENAAN PUASA
________________________________________
"tuhan berfirman: Semua amal anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Aku sendirilah yang akan membalasnya."
"tuhan berfirman: Semua amal anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Aku sendirilah yang akan membalasnya."
(Bukhari-Muslim)
"Ketika amalan-amalan lain dapat dicemari oleh penyakit ujub dan riyak, akan tetapi tidak ada yang dapat mengetahui amalan puasa kecuali tuhan. Maka, tuhan sandarkan puasa kepada diri-Nya.”
(Al-Qurtubi)
________________________________________
Dalam puasa, tidak dikenal "menghargai orang yang berpuasa" atau "menghargai orang yang tidak berpuasa". Puasa tidak memerlukan semacam suatu penghargaan kerana perlakuan itu tidak terkait dengan hubungan antara manusia. Puasa adalah semurninya hubungan manusia dengan Tuhan.

Kerana puasa adalah hubungan manusia dengan Tuhan, maka kerahsiaan dan keikhlasan adalah menjadi kuncinya. Pelaku puasa tidak selayaknya mempamerkan puasanya kepada orang lain atau menuntut penghargaan daripada orang lain yang tidak turut sama berpuasa dengannya.
Puasa adalah hubungan yang paling mesra dan yang paling rahsia di antara hamba dengan Tuhannya. Maka dari itu, layakkah hubungan yang paling mesra dan yang paling rahsia itu diketahui oleh orang?
No comments:
Post a Comment