Monday, 27 May 2019
Enam golongan laki/wanita yang ditegah dalam islam untuk dijadikan suami/isteri:
Enam golongan laki/wanita yang ditegah dalam islam untuk dijadikan suami/isteri:
(1) laki/Wanita Ananah:
Wanita/laki yang banyak merungut itu dan ini. Apa yang diberikan atau dilakukan oleh suami/isteri untuk rumah tangga mereka , ada saja yang tak kena dan tidak berpuas hati.
(2) Wanita/laki Mananah
Wanita/laki yang menafikan usaha dan jasa isteri/suami, sebaliknya dia mengaku bahawa dialah yang paling banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga.
Wanita/laki jenis ini juga suka mengungkit - ungkit apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan keluarga . Biasanya , mereka ni adalah wanita/laki yang berkerja dan bergaji besar
(3) Wanita/laki Hananah
Membeza bezakan suami/isteri dengan pasangan lain. Ini bagi mereka yang berkahwin lagi. Berangan angan mendapat suami/isteri yang lebih baik daripada yg terbaik.
(4) Wanita/laki Hadaqah
Wanita/laki yang berkeinginan besar , mudah tertarik dengan sesuatu barang atau produk dan meminta minta daripada isteri/suaminya. Dalam erti kata lain , boros dan suka berbelanja mengikut nafsu.
Walaupun mungkin isteri/suaminya seorang yang kaya tapi sikap boros itu tidak digalakan dalam islam
(5) Wanita/laki Baraqah
Ada dua kategori
(a) suka bersolek solek dan menghias diri bukan untuk isteri/suaminya tapi untuk menunjuk nunjuk kepada orang lain
(b) suka marah ketika makan dan tidak mahu makan sekali dengan yang lain kecuali makanannya diasingkan dan suka makan bersendirian
(6) Wanita/laki syadaqah
Banyak cakap dan pandai komen saja. Mulut bising mereka hanya akan menjadikan kerja yang dibuatnya tidak berhasil dan selalu jadi tukang sibuk je.
Maka elak lah dari mengambil untuk dijadikan isteri/suami untuk enam sifat perilaku wanita/laki seperti ini kerana memudaratkan pada amalan kebaikan dan anak anak yang hasil perkongsian hidup , dibimbangi akan terhasil anak anak yang tidak soleh dan tidak beriman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment