Tuesday, 7 May 2019

hi


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh sahabat Hakikat Insan.. esok umat Islam akan memulakan ibadah puasa fekah selama sebulan Ramadhan..
Namun masih ada ibadah puasa yang terlebih penting lagi daripada ibadah menahan lapar dan dahaga.. itulah dia yang dinamakan puasa hakikat, iaitu ke-Aku-an diri..
Hakikat berpuasa itu, ialah penyerahan diri atau berpantang mengaku adanya diri, berpantang mengaku adanya aku.. berserah diri dan berpantang mengaku wujud diri..
Setelah kita mengaku yang diri kita ini tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, itulah ertinya puasa yang sebenar-benarnya.. kita ini pada hakikatnya tidak ada, atau fana..
Serah mulut dengan kata-kataNya, serah mata dengan penglihatanNya, serah telinga dengan pendengaranNya, serah tangan dengan kekuatanNya, serah kaki dengan berdiriNya, dan serah alat sulit dengan kemahuan dan kehendakNya., itulah dia puasa..
Puasa bukannya sekadar menjaga mulut dari mengumpat, menjaga mata supaya lihat kitab/Al-Quran, menjaga mulut untuk berzikir/manfaat dan sebagainya.. Itu hanyalah puasa ilmu fekah semata-mata, bukan intinya..
Ada pun puasa pada fahaman ilmu makrifat itu, adalah mengembalikan segala sifat kepada tuhan.. yang wujud hanya tuhan.. yang berkuasa, berilmu, dan berkehendak hanya tuhan.. dan begitulah semua hendaknya..
Selamat 'Berpuasa' saudaraku semua ðŸ˜˜

No comments:

Post a Comment