RAHMATAN LIL ALAMIN
"Wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin." Ertinya: Dan Kami tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Kenapa Nabi menjadi rahmat bagi sekalian alam? Kerana ia telah menemukan diri sebenar dirinya, Roh, Tuhan di dalam diri setiap insan. Kerana ia telah mampu berjumpa Roh, ia pun mampu menyaksikan Roh-Roh lain di dalam diri setiap insan. Bahkan Ia mampu menyaksikan Tuhan di mana-mana.
Bolehlah dikatakan, bahawa Nabi adalah Tuhan yang menyatakan diriNya, ketika diri peribadinya telah sempurna menyatu dengan jiwa di dalam dirinya sendiri. Ia telah sepenuhnya menjadi khalifah tuhan di atas muka bumi Tuhan ini.
Apakah yang boleh bertemu Tuhan itu hanya Nabi ? Tentu saja tidak. Setiap manusia berpotensi untuk mencapainya, kerana jiwa di dalam diri Nabi itu, tidak berbeza dengan jiwa di dalam diri setiap insan.
Shiva Adiyogi, Gautama Buddha dan Jesus Christ telah pun berjaya mencapainya. Engkau juga boleh mencapainya. Jika engkau telah mampu berjumpa diri sebenar dirimu, dan itu pula merupakan perjuangan yang mahaberat sekali keadaannya, maka engkau juga akan menjadi rahmat bagi sekalian alam, tidak mengira apa jua agama yang kamu anuti.
Namun sebaliknya, awas. Engkau tidak layak untuk berkata bahawa dirimu itu adalah rahmatan lil alamin, jika engkau belum mampu untuk bertemu diri sebenar dirimu. Tidak malukah kamu mengaku-ngaku bahawa dirimu itu khalifah di atas muka bumi, padahal kamu tidak pernah pun mengetahui maksud sebenar yang diungkapkan kitab kuno arab tersebut.
Ya benar.,
Itulah yang namanya;
Itulah yang namanya;
"SYOK SENDIRI"
No comments:
Post a Comment