Tuesday, 7 May 2019

hi


MENGAPAKAH PUASA DIFARDHUKAN PADA SIANG HARI? MENGAPA TIDAK SAJA BERPUASA DI MALAM HARI?
Jika ditilik dengan cermat, siang atau malam itu hanyalah istilah bagi menggambarkan keadaan BUMI dengan CAHAYA MATAHARI..
Bilamana BUMI menerima pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI ini sedang mengalami waktu SIANG..
Bilamana BUMI tanpa pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI ini sedang mengalami waktu MALAM..
Jadi jika situasi di atas dibawa kepada DIRI, maka dapatlah dikiaskan seperti berikut:
BUMI itu adalah kiasan kepada JASAD..
CAHAYA MATAHARI kiasan kepada ROH..
SIANG itu adalah kiasan kepada HIDUP @ KEHIDUPAN (Jasad bersama Roh)...
MALAM itu adalah kiasan kepada MATI @ KEMATIAN (Jasad tanpa Roh)...
PUASA itu adalah kiasan kepada proses mengenal diri - mengenal tuhan...
Maka daripada kiasan di atas dapatlah ditafsirkan bahawa rahsia atau maksud difardhukan puasa pada siang hari itu ialah…
“MENGENAL DIRI (Puasa) difardhukan pada setiap manusia yang masih HIDUP (Siang) sebelum datangnya MATI (Malam)“
Maksudnya, setiap manusia yang masih hidup perlu mengenal diri dan juga mengenal tuhan sebelum datangnya kematian..
APAKAH YANG DICARI DI DALAM PUASA?
Kita sedia maklum, di dalam bulan Ramadhan adanya Lailatul Qadar, maka Lailatul Qadar inilah yang dicari di dalam puasa..
Jika Lailatul Qadar itu dibawa kepada DIRI maka yang dicari di dalam puasa adalah mencari yang sebenar-benar HIDUP dan sebenar-benar WUJUD..
Bagaimanakah caranya…??
Semasa di dalam alam rahim dan sebelum dilahirkan ke alam syahadah @ alam dunia, tuhan telah meniupkan atau menyatukan ROH ke dalam JASAD maka terciptalah apa yang dinamakan sebagai MANUSIA..
Setelah dilahirkan ke alam syahadah atau alam dunia, maka setiap MANUSIA akan dikepilkan atau dibekalkan dengan satu sifat yang dipanggil AKU atau KEAKUAN DIRI..
Maka semasa manusia masih HIDUP, sifat KEAKUAN ini perlu dileburkan @ difanakan sebelum datangnya MATI..
Proses meleburkan sifat keAKUan inilah yang dinamakan PUASA atau Mati Sebelum Mati..
Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada manusia dilahirkan dengan penzahiran 7 sifat maani iaitu:
SAMAK, BASAR, KALAM,
QUDRAT, IRADAT, HAYAT, ILMU,
Semenjak daripada saat kelahiran, kesemua 7 sifat maani ini akan sentiasa terzahir pada dirinya selagi manusia itu masih hidup..
Disebabkan sifat KEAKUAN yang kuat dan telah mamakai sifat tersebut sejak sekian lamanya, maka manusia telah menyangka bahawa ke-7 sifat di atas adalah miliknya:
BASAR ~ aku yang melihat
SAMAK ~ aku yang mendengar
KALAM ~ aku yang berkata-kata
QUDRAT ~ aku yang berkuasa
IRADAT ~ aku yang berkehendak
HAYAT ~ aku yang hidup
ILMU ~ aku yang tahu
Proses PUASA atau "Mati Sebelum Mati" itu, ialah dengan menafikan 7 sifat maani di atas dan mengisbatkan kesemuanya kepada yang empunya sifat, iaitu tuhan MAHA AGUNG..
BASAR – Yang melihat itu tuhan,
bukan mata aku
SAMA' Yang mendengar itu tuhan,
bukan telinga aku
KALAM – Yang berkata-kata itu tuhan,
bukan mulut atau lidah aku
QUDRAT – Yang gagah itu tuhan,
bukan kaki dan tangan aku
IRADAT – Yang berkehendak itu tuhan,
bukan keinginan aku
HAYAT – Yang hidup itu tuhan,
bukan nyawa aku
ILMU – Yang tahu itu tuhan,
bukan kepandaian aku
Maka setelah melalui proses di atas, maka mengenallah sudah akan si manusia tadi bahawa sesungguhnya JASADnya itu pada hakikatnya MATI tidak pernah hidup dan yang sebenar-benar HIDUP itu hanya tuhan YANG MAHA AGUNG sahaja..
Manakala setelah Baqa’ di dalam WAJAH tuhan maka tetaplah atau TABDI lah menusia itu bahawa sesungguhnya tuhan itu HIDUP-NYA dan WUJUD-NYA tanpa berAWAL dan tanpa berAKHIR..
Sesungguhnya kefahaman itu milik 
Tuhan Yang Maha Agung..
Usahlah mengambil faham,
Kerana faham itu milik tuhan

No comments:

Post a Comment