Friday, 2 February 2018

AGAMA DAN KEMANUSIAAN

AGAMA DAN KEMANUSIAAN
________________________________________
Agama bukan memandulkan akal kita. Jika agama hanya sekadar ikutan, apa beza Islam dan ajaran selainnya? Jika hanya terima apa sahaja yang disebut oleh ulama, soalannya ulama mana? Ulama pun pelbagai aliran dan mazhab. Itu belum lagi kira yang pelbagai parti.
________________________________________
Kenyataan seperti ini hanya untuk menjadi golongan agama sakral sehingga tidak dipersoalkan lagi kenyataan mereka. Lalu mereka boleh tuduh sesiapa yang mereka mahu ataupun mengambil kesempatan dunia dari siapa sahaja. Inikah versi Islam yang kita mahu?!
________________________________________
Ini hanya akan membawa kepada keadaan manusia tidak perlu belajar al-Quran dan hadis lagi. Bahkan tidak perlu berfikir lagi. Hanya ikut sahaja apa yang ulama kata. Kononnya. Sedangkan para sahabat lagi bertanya alasan tindakan Nabi s.a.w. padahal baginda maksum, inikan pula selain Nabi s.a.w..

No comments:

Post a Comment